VIDEO – SURAH YUNUS – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff
==============================
MESEJ UTAMA SURAH YUNUS
==============================
1. Penyempurnaan hujjah berpandukan dalil-dalil al-Quran yang teguh terhadap orang-orang yang tidak menerima kerasulan ndan tidak menerima hari akhirat.
2. Jawapan kepada kritikan dan bantahan mereka.
==============================
TEMA UTAMA SURAH YUNUS
==============================
1. Sebelum mengambil langkah jihad terhadap orang-orang kafir terlebih dahulu perlu disempurnakan hujjah kepada mereka dengan menyeru mereka kepada ajarantauhid berpandukan dalil-dalil yang kukuh dan dengan mengadakan perbincangan secara baik.
2. Al-Qur’an diperkenalkan secara terperinci; bahawa ia adalah kalam Allah, ia merupakan rahmat kepada orang-orang mu’min dan ia adalah kalam yang benar.
3. Manusia yarrg sibuk dan tenggelam dalam kesibukan dunia tidak percaya akan bertemu dengan tuhan di akhirat nanti dan mereka tidak menghiraukan dalil-dalil al-Qur’an. (Ayat:7)
4. Manusia yang memuja dunia dan keras kepala juga tidak percaya akan bertemu dengan tuhan di akhirat nanti, mereka dibiarkan bertindak sewenang-wenang dalam kehidupan ini. (Ayat: 1l)