Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 26 – Surah as-Syu`ara’

VIDEO – SURAH AS-SYU’ARA’ – Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:24 – Mesej Utama

2. 03:27 – Zaman Diturunkan

3- 05:06 – Kesinambungan Surah As-Syu`ara’ Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

4- 07:07 – Beberapa Kata Kunci, Tema Surah dan Ayat-Ayat Tarji` Yang terdapat Didalamnya

5- 23:03 – A. Didalam Surah As-Syu`ara’ terdapat beberapa ayat tarji` iaitu ayat-ayat yang diulangi beberapa kali.

6. 26:43 – B. Rabbul `Alamin

7- 30:32 – C. Di dalam Surah As-Syu`ara’ juga setelah mengemukakan kisah-kisah benar 9 orang rasul, sebanyak 9 kali diulangi ayat tarji`

8- 33:00 – D. Hikmat penggunaan dua sifat Allah, Al `Aziz dan Ar Rahim di dalam Surah As Syu`ara’

9- 44:25 – E. Di dalam surah As Syu`ara’ ini tersebut bahawa tukang-tukang sihir yang hendak berlawan dengan Nabi Musa sebelum melemparkan tali-tali yang dipintal mereka dan tongkat-tongkat mereka, mengucapkan “bi `izzati Fir`aun” sebelum melemparkannya.

10- 45:43 -F. Didalam surah As Syu`ara’ juga terdapat ancaman kepada bangsa-bangsa yang mendustakan ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul.

SINOPSIS:

================================

MESEJ UTAMA SURAH AS-SYU’ARA

================================

1. Semua para nabi menyeru supaya beribadat kepada Allah tuhan semesta alam dan taat kepada mereka.

2. Berimanlah kepada al-Quran berpandukan dalil “ardhi” dan “tarikhi” disamping menerima sifat Allah yang Maha Perkasa dan Maha Penyayang.

================================

TEMA UTAMA SURAH AS-SYU’ARA

================================

1. Manusia ditanya berkali-kali, “Adakah kamu tidak mahu menyelamatkan diri?”. Menyelamatkan diri dari benda-benda haram, menyelamatkan diri dari perkara-perkara mungkar, menyelamatkan diri dari kemurkaan Allah dan menyelamatkan diri dari akibat buruk yang akan menimpa di dunia dan di akhirat kerana kejahatan-kejahatan yang dilakukannya.

2. Nabi-nabi terdahulu (Nabi Nuh, Hud, Shaleh, Luth, Shu’aib dan Musa) menyeru kepada tauhid dan meninggalkan pemujaan kepada nenek moyang dan berhala-berhala, taat kepada Rasul, tidak mengatakan, “Tidak ada orang yang lebih kuat dari kita”, tidak menzalimi orang lain, tidak mengikut dan patuh kepada ketua yang zalim, tidak terlibat dalam hubungan seks yang menyeleweng, tidak mengurangkan timbangan dan mencari rezeki dari sumber yang haram, tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi dan seumpamanya.

Click to access 26.-surah-as-syuara.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s