Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 30 – Surah ar-Rum

VIDEO – SURAH AR-RUM- Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 0:28 – Mesej Utama

2- 05:03 – Zaman Diturunkan

3- 06:34 – Ciri Khusus Surah Ar Rum

4- 07:06 – Perkaitan Surah Ar Rum Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

5- 08:50 – Beberapa Kata Kunci dan Tema Utama Surah

6- 08:53 – A. Salah satu tema terpenting Surah Ar Rum ialah akhirat dan pertemuan dengan Allah di akhirat

7- 11:36 – B. Ketua-ketua orang-orang kafir Quraisy diingatkan bahawa sejarah menjadi saksi Allah telah menghukum orang-orang yang berdosa dan memberi pertolongan kepada orang-orang mu’min.

8- 12:21 – C. Terdapat tujuh ayat di dalam surah ini dimulakan dengan lafaz “wa min aayaatihi”

9- 22:00 – D. Dalil-dalil anfusi.

SINOPSIS:

==========================

MESEJ UTAMA SURAH AR-RUM

==========================

1. Berita gembira akan mendapat kemenangan dalam peperangan Badar.

2. Dalil-dalil akhirat

3. Berita gembira akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Nota: Dalam Surah ini diramalkan orang-orang Rum akan mengalahkan orang-orang Parsi dan orang Islam mendapat kejayaan. Ianya menjadi kenyataan 8 atau 9 tahun kemudian.

=========================

TEMA UTAMA SURAH AR-RUM

=========================

1. Masalah sebenar ramai manusia ialah mereka tidak rnempercayai hari kemudian dan tidak mempercayai juga pertemuan dengan tuhan.

2. Hujan dikemukakan sebagai dalil dan bukti bagi adanya hari kebangkitan, dimana Allah menyuburkan dan menghijaukan muka bumi setelah menurunkan hujan, begitulah juga Dia akan menghidupkan orang-orang yang mati.

3. Dalil “aqli” untuk akhirat ialah Allah mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup.

4. Dalil-dalil “anfusi” untuk akhirat, manusia diseru supaya merenungi diri sendiri bahawa Allah tidak menjadikan seluruh alam ini tanpa tujuan, ia adalah tempat ujian. Oleh itu manusia hendaklah menerima adanya hari akhirat dan hendaklah hidup berpandukan hukum-hukum Allah.

Click to access 30.-surah-rum.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s