VIDEO – SURAH AT-TIIN- Ringkasan Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Mohd Asri Yusoff
KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:55 – Mesej Utama
2- 03:03 – Zaman Diturunkan
3- 03:42 – Perkaitan Surah Al Tiin Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
4- 05:31 – Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
5- 05:34 – A. “At-Tiin” adalah bukit Tiin atau bukit Judiy di mana bahtera Nabi Nuh berhenti setelah surut banjir besar
6- 06:26 – B. “Az Zaitun” bermaksud bukit Zaitun
7- 07:02 – C. “Thur Sinin” ialah bukit dimana Nabi Musa dikurniakan syari`at
8- 07:20 – D. “Al Balad Amin” ialah Mekah
9- 07:56 – E. Pengajaran yang disampaikan oleh sekalian nabi berupa dalil naqli
10- 08:25 – F. Manusia dari golongan pertama menerima “khair” (kebaikan) dengan senang hati
11- 08:57 – G. Golongan yang menerima “khair” (kebaikan) beriman dan beramal shaleh
12- 09:15 – H. Golongan yang menerima “syar” (kejahatan dan keburukan) tidak beriman dan beramal shaleh
13- 09:34 – I. Pertentangan di antara “khair” dan “syar” (baik dan buruk) wujud semenjak adanya sejarah manusia di bumi
14- 12:08 -J. `Aqal dan logik juga menerima adanya “khair” dan “syar” (baik dan buruk)
15- 12:21 – K. Allah s.w.t. bukan sahaja “hakim” malah Dia adalah “ahkamul haakimin” (hakim yang paling adil)
16- 12:45 – L. Di dalam sesetengah al Qur’an, soalan berada di ayat permulaan
SINOPSIS
===============================
MESEJ UTAMA SURAH AT-TIIN
===============================
Hari akhirat benar-benar ada. Dalil ‘aqli dan naqli membuktikan adanya keadilan di akhirat nanti.
=====================================================
1. ‘at-Tiin’ bermaksud perjuangan Nabi Nuh, ‘Zaitun’ bermaksud perjuangan Nabi `Isa, ‘Tursina’ bermaksud perjuangan Nabi Musa dan ‘al-Baladil Aamiin’ bermaksud perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
2. Manusia terdiri daripada dua golongan, golongan yang berada dalam golongan paling sempurna dan manusia yang menolak suara fitrah.