Tafsir al-Quran Berdasarkan Struktur Makro – Surah 1 – Surah Al-Fatihah

VIDEO – SURAH AL-FATIHAH – Tafsir (Struktur Makro) – Maulana Muhd Asri Yusoff

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 31:30 – Zaman Diturunkan
2- 33:03 – Antara Keistimewaannya
3- 49:06 – Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al Fatihah
4- 51:08 – Kelebihan Ucapan “Aamiin” Secara Khusus
5- 57:02 – Kesinambungan Surah Al Fatihah Dengan Dua Surah Terakhir Di Dalam Al-Qur’an
6- 01:01:12 – Beberapa Kata Kunci Terpenting Didalam Surah Al-Fatihah
7- 01:14:37 – Struktur Makro Surah Al Fatihah
8- 01:16:15 – (A) Ayat 1 hingga 4 merupakan paragraf pertama Surah al-Fatihah. Di Dalamnya dinyatakan Adab Berdoa.
9- 01:16:57 – (B) Ayat 5 merupakan Paragraf Kedua. Ia Menyatakan Kelayakan Allah Sebagai Tempat Memohon Doa. 10- 01:19:00 -(C) Ayat 6 adalah paragraf ke-tiga. Di Dalamnya terkandung doa yang sebenarnya hendak diminta.
11- 01:19:44 (D) Ayat ke-7 merupakan paragraf ke-empat dan terakhir di Dalam Surah al-Fatihah.
12- 01:27:29 Mesej Utama Surah
 
 
 
SINOPSIS –
==============================
MESEJ UTAMA SURAH AL-FATIHAH
==============================
 
Memohon jalan yang lurus dan betul. “Tunjukilah kami jalan yang lurus”. Doa inilah sebenarnya merupak mesej utama surah al-Fatihah. Ia adalah permintaan hamab kepada Tuhannya, agar ditunjukiNya jalan yang lurus di sepanjang perjalanan hidup si hamba. Hamba memohon kepada Tuhan supaya memberi hidayah dan taufiq kepadanya untuk melakukan amal soleh dengan ikhlas di sepanjang hayatnya, sehingga apabila ia mati, ia berhak dan layak memasuki syurga.
 
==============================
KEUTAMAAN SURAH AL-FATIHAH
==============================
1. Rasulullah s.a.w. bersabda: Ummul Qur’an (Surah al-Fatihah) adalah tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan al-Qur’an yang agung. 2. Hadis bermaksud: “Tidak pernah turun sama ada di dalam Taurat, Injil atau Zabur dan Qur’an seumpama Surah al-Fatihah” 3. Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila imam mengucapkan ‘Aamin’, kamu ucapkan juga ‘Aamin’ (bersamanya). Kerana orang yang ucapan Aaminnya berbetulan dengan Aamin para malaikat diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. terdahulu.”
==========================================
KATA KUNCI PENTING DALAM SURAH AL-FATIHAH
==========================================
(1) “Alhamd”. Pujian dan segala bentuknya. Atau pujian yang sempurna dan lengkap’ .
(2) “Alhamdulillah”. Perkataan’ “Alhamd” yang digabungkan dengan “Allah” memberi erti syukur kepada Allah.
[3] “Rabb” bererti penjaga, pemelihara, pengasuh, pendidik, tuan, pemilik, pencipta dan lain-lain.
(4) “Ar-Rahman” atas wazan “fa’lan” merupakan isim mubalaghah yang memberi erti Tuhan yang rahmatNya Maha luas dan sempurna.
(5) “Ar-Rahim” atas wazan “faa’il” merupakan isim sifat yang memberi erti Tuhan yang rahmatNya berterusan dan berkekalan.
[6] ”Ad-Din” bererti agama, cara hidup, balasan baik dan buruk atau ganjaran dan hukuman. Ia juga bererti pengadilan yang sebenar. Inilah yang dimaksudkan di sini setelah mempercayai adanya hari kiamat, mempercayai pula bahawa hanya Allah s.w.t. jua yang berkuasa pada hari itu. Dialah yang akan mengadili manusia, kemudian memberikan balasan yang baik atau buruk kepada mereka.
[7] “Ibadah” mempunyai tiga pengertian; Pertama, penghambaan, kedua, ketaatan, dan ketiga, pemujaan.
[8] ”Isti’anah” bererti meminta dan memohon pertolongan hanya kepada Allah khususnya dalam perkara-perkara di luar kemampuan manusia.

Click to access 1.-surah-al-fatihah.pdf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s