[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 6m 53s] – MUTIARA AL-QURAN – Jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zzdQGok-ZHc ]
JIKA KAMU MEMBELA (AGAMA) ALLAH, NESCAYA ALLAH MEMBELA KAMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKANMU (SURAH MUHAMMAD, AYAT 7)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Panduan ini nampak ringkas, tetapi besar maknanya (dan banyak manfaatnya).
- “Jika kamu menolong Allah nescaya Allah akan menolong kamu”. Maksud “menolong Allah” ialah membela, mempertahankan, (menyebarkan) agama-Nya. Jika kita “menolong” Allah, maka Allah taala akan membela dan menolong kita.
- Ini adalah jaminan dari Allah taala. Ianya merupakan syarat dan janji Allah yang pasti ditepati-Nya.
- Allah tidak memungkiri janji-Nya.
- Jika yang berlaku adalah sebaliknya, (contohnya, kita adalah orang Islam, tetapi tidak menang dalam peperangan dengan orang kafir), apakah sebabnya? Ini menunjukkan ada yang tak kena kerana pertolongan tuhan ada syarat-syaratnya. Contohnya, ada sebabnya mengapa di Perang Uhud ramai Sahabat yang mati (walaupun di satu segi, ada kelebihannya iaitu mendapat mati syahid) dan pasukan Islam dianggap “kalah” untuk seketika.
- Jika kita “tolong” agama Allah seperti membela, mempertahankan, menyebarkannya, belajar, mengajar, berdebat, berpolemik (dan muzakarah) dan sebagainya, Allah akan tolong kita.
- Dengan adanya “pertolongan” Allah, kita tidak perlu bimbang, kerana ianya adalah jaminan (kemenangan) dari Allah. Sebagaimana Allah menjamin rezeki kepada binatang yang tidak berakal, yang tiada cita-cita dan matlamat hidup seperti burung-burung dan haiwan ternakan.
- “Tidak ada binatang yang melata di muka bumi ini melainkan Allah sudah jamin rezekinya”.
- Kita yang menjalankan kerja agama, terutama pelajar-pelajar agama yang membela agama Allah ini, tidak perlu bimbang tentang rezeki, tentang peluang pekerjaan dan sebagainya. Binatang-binantang yang hina pun dijamin rezeki oleh Allah. Apatah lagi kita yang membuat kerja-kerja mulia ini hendaklah yakin bahawa Allah akan menjaga dan menolong kita.
- Keyakinan beginilah yang ada pada Sahabat-sahabat dan Nabi-nabi dahulu. Mereka tidak takut dan bimbang. Mereka tidak takut tentang nasib anak-anak dan keluarga mereka jika ditakdirkan mereka mati dalam perjuangan.
- Ingatlah bahawa anak-anak dan tanggungan kita tidak semestinya lebih baik jika di bawah jagaan kita. Kita tidak tahu nasib sebenar mereka. Serahkan segala-segalanya pada Allah (selepas berusaha). Itulah sifat orang mukmin.
- “Allah taala akan meneguhkan kedudukan kita”. Itulah jaminan dari Allah dan sentiasa pahatkan dalam hati kita.
- Buatlah kerja agama ini di peringkat masing-masing di atas kapasiti apa pun; sebagai mujahidin, guru, pendakwah atau apa saja dan hendaklah sentiasa ingat jaminan dari Allah ini.
- Allah akan jaga dan tolong kita dengan syarat hati kita ikhlas kerana Allah.
- Kalau kita di atas jalan yang benar, Allah akan tolong kita walau macam mana sekalipun.
- Kadang-kadang tidak terlintas di fikiran kita macamana dan dalam bentuk apa pertolongan Allah itu. Contohnya, Allah akan pertemukan kita dengan orang yang sesuai dengan kita, yang akan membantu kita di segenap segi dan masa. Ini adalah sesuatu yang kita tidak dapat fahami.
- Cuma, jika diperhatikan dari sirah Nabi, untuk menegakkan dan membela agama Allah ini, berapa banyak dan cubaan yang dihadapi oleh Nabi sehingga terpaksa meninggalkan tanah airnya. Sebagai iktibar, ujian-ujian ini tidak mudah tetapi kita perlu lakukannya demi untuk agama.
- Kejayaan yang dinilai ialah kejayaan pada akhirnya; kerana untuk mendapat kejayaan berapa banyak ujian yang perlu dihadapi Nabi sehingga terpaksa mengikat perut kerana kelaparan.
- Paling minima, untuk pejuang-pejuang agama, sekiranya ia tidak dapat kejayaan di dunia, Allah akan membalasnya di akhirat.
- Hidup di dunia ini amat pendek, tapi yang lamanya (kekal) adalah di akhirat nanti.
- Kejayaan yang sebenar ialah kejayaan di akhirat.
Jangan khuatir atau bimbang dalam menjalankan kerja-kerja agama. Kerja-kerja yang ikhlas kerana Allah ini, pasti mendapat pertolongan dari Allah. Yakinlah kita akan mendapat kejayaan, kalau tidak di dunia ini, di akhirat nanti kita akan mendapat balasan.
Muat Turun Atau Baca Online
