Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 2 – Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu-(Surah al-Baqarah, Ayat 216)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 58s] – MUTIARA AL-QURAN-Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu-(al-Baqarah; 216)

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/rdXvb535VEA ]

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI (PULA) KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 216)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Panduan ini amat penting dalam kehidupan kita; ianya ada kaitan dengan takdir.
  1. Tanpa panduan ini, hidup kita akan gelisah, tapi dengan panduan ini akan tenang jiwa kita.
  2. Seringkali perkara yang kita suka tidak baik untuk kita.
  3. Sebaliknya ada perkara yang kita tidak suka tapi sangat baik untuk kita. Contohnya, ubat rasanya pahit, tapi ianya baik untuk kita.
  4. Banyak perkara yang kita tidak suka, baik untuk kita. Panduan ini akan sentiasa berguna di sepanjang hidup.

6. Contoh lain, anak kita gembira dapat motosikal berkuasa tinggi, tapi dia tidak tahu motosikal itulah yang akan menyebabkan kematiannya!

  1. Dalam hidup ini, ada benda yang amat kita suka, tidak mesti ianya baik untuk kita.
  2. Oleh itu jika kita kehilangan atau tidak dapat sesuatu perkara, kita tidak perlu hilang akal dan berkeluh kesah.
  3. Hayatilah hikmah di sebalik kisah Nabi Khadir dan Nabi Musa a.s, yang membunuh anak kecil.
  4. Anak kecil ini dibunuh kerana jika dibiarkan dewasa, dia akan menyebabkan orang tuanya kufur.
  5. Oleh itu kematian di masa muda adalah baik untuk anak kecil ini.
  6. Bahkan kebanyakan yang baik dalam dunia ini, kelihatan tidak menarik. Dan begitulah sebaliknya.
  7. Neraka dikelilingi oleh perkara-perkara syahwat (perkara yang disukai nafsu) dan syurga dikelilingi perkara yang manusia tidak suka.
  8. Contoh mudah perkara yang kita tidak suka ialah makan sayur; kita tidak suka tapi ianya amat bermanfaat. Sebaliknya gula amat lazat, tapi banyak bahayanya.
  9. Contoh lain, bakal calon pilihanraya yang tidak terpilih, mungkin ada bahayanya yang kita tidak tahu.
  10. Contoh lain, kita terlepas kapalterbang, yang kemudiannya terhempas!
  11. Dalam hidup ini, kita akan sentiasa berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini.
  12. Kita tidak suka susah dan miskin, tapi boleh jadi bila senang dan kaya kita akan mudah melakukan maksiat.
  13. Allah maha tahu apa yang baik untuk kita, oleh itu jangan sedih jika tidak dapat sesuatu selepas kita berusaha.
  14. Amat besar faedahnya panduan ini.
  15. Pada asalnya, panduan (ayat al-Quran) ini adalah berkaitan dengan peperangan, yang kita tidak suka, tetapi manfaatnya besar kerana dengan menyertai peperangan kita dapat mempertahankan bangsa dan maruah kita.
  16. Perkara ini berkait dengan takdir, ianya akan menenangkan jiwa kita.

Sentiasa berfikiran positif terhadap takdir dan ketentuan Allah. Apa yang kita tidak suka mungkin baik untuk kita dan apa yang kita suka mungkin tidak baik untuk kita. Tenangkanlah jiwa kita!

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment