[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 5m 8s] – MUTIARA AL-QURAN -Tidak Sama Yang Buruk Dengan Yang Baik
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zSYVZVWLi-M ]
TIDAK SAMA YANG BURUK DENGAN YANG BAIK (SURAH AL-MAA’IDAH, AYAT 100)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Semua orang tahu bahawa yang buruk tidak sama dengan yang baik; yang rendah kualitinya tidak sama berbanding dengan yang bermutu.
- Oleh itu, contohnya, jika ingin bersedekah, berilah yang baik dan bermutu.
- Ayat al-Quran ini (Surah al-Maa’idah, Ayat100) ada sambungannya yang bermaksud, “Walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu”.
- Yang buruk ini walaupun banyak adalah tidak berguna. Yang bernilai adalah yang baik, walaupun sedikit. Kita hendaklah lebih utamakan kualiti (nilai) berbanding kuantiti.
- Allah tidak terima sesuatu yang tidak baik, contohnya sedekah dari harta yang dicuri. Malah, niat untuk bersedekah dari harta yang dicuri akan mengundang dosa.
- “Jangan kamu pilih sesuatu yang buruk untuk disedekahkan kepada orang lain”.
- “Kamu tidak akan mencapai darjat yang sebenar sehingga kamu membelanjakan apa yang kamu sayangi”.
- Sekiranya ingin buat kebajikan, hendaklah beri yang baik. Jangan cari duit yang haram untuk buat ibadat, contohnya, mengerjakan haji dengan pendapatan yang haram.
- Untuk mendapatkan yang baik, kita perlu tahu apa yang buruk; buruk di sudut aqidah, dalam pergaulan masyarakat, dalam urusan jual beli, dalam akhlak dan sebagainya.
- Semua manusia, hatta orang kafir sekalipun, tetap tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
- Carilah yang baik, buatlah amalan yang baik, belajarlah ilmu yang baik, makanlah makanan yang baik, hidup berkeluarga dengan cara yang baik. Kerana, “Tidak sama yang buruk dengan yang baik”, dan ingatlah kesannya adalah sehingga jari akhirat.
Carilah yang baik, buatlah amalan yang baik, belajarlah ilmu yang baik, makanlah makanan yang baik, hidup berkeluarga dengan cara yang baik.
Muat Turun Atau Baca Online
