[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 12m 40s] – MUTIARA AL-QURAN – Allah Akan Buka Jalan-jalanNya Kepada Orang-orang Yang Berjihad Kerana-Nya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/482eziY6EcE ]
“DAN ORANG-ORANG YANG BERJIHAD (BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH) KERANA KAMI (DEMI MEMENUHI KEHENDAK AGAMA KAMI), SESUNGGUHNYA KAMI AKAN TUNJUKKAN KEPADA MEREKA JALAN-JALAN KAMI” (SURAH AL-‘ANKABUT, AYAT 69)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Panduan ini adalah amat penting. Sekiranya kita melakukan kerja-kerja agama dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh Allah pasti akan buka dan tunjukkan banyak jalan kepada kita.
- “Tunjukkan jalan-jalan Kami”, bermaksud Allah taala akan memberi pertolongan.
- Usaha untuk agama merangkumi berbagai bidang, di antaranya menuntut ilmu dan berjihad (berperang) untuk menegakkan agama Allah.
- Sebelum Allah menolong kita, kita hendaklah terlebih dahulu berusaha sedaya upaya kita untuk menolong agama Allah.
- Contohnya, sesiapa yang dianugerahkan ilmu “ladunni” (ilmu yang datang terus dari Allah) sebenarnya telah berusaha dengan gigih terlebih dahulu sebelum diberi ilmu tersebut..
- Ulama’-ulama’ yang dianugerahkan keistimewaan terlebih dahulu diuji dengan ujian yang berat. Setelah menempuh kesukaran-kesukaran beserta keikhlasan yang tinggi barulah Allah buka pintu-pintu kebaikan kepada mereka.
- Dalam sejarah tercatit, Hafiz Ibnu Hajar, As-Suyuti dll dapat menghasilkan karya-karya yang luar biasa kualiti dan kuantitinya walaupun umur mereka pendek. Sehinggakan sampai hari ini, hasil kerja mereka tidak dapat ditandingi walaupun dengan adanya kemudahan dan teknologi yang canggih.
- Mereka mencapai tahap kemuncak ini kerana berjaya dalam bermujahadah dan benar-benar ikhlas kerana Allah.
- Untuk berjaya, adalah amat penting “jalan” yang dilalui adalah betul, contohnya nafkah dan makanan yang diperolehi perlulah benar-benar bersih. Kita perlu perhatikan semua faktor ini (iatu hati yang ikhlas dan makanan yang halal dan bersih) untuk mencapai hasil ini.
- Allah berjanji untuk memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang bermujahadah untuk menegakkan agama Allah; tidak kira bidang apa yang diceburinya.
- “Mujahadah” bermaksud, “Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan benar-benar ikhlas kerana Allah”. Terutamanya untuk hal-hal berkaitan agama, “mujahadah” perlu disertai dengan sifat ikhlas yang tinggi.
- Dalam perkara-perkara keduniaan pun perlu kepada mujahadah untuk berjaya. Kejayaan akan datang selepas seseorang itu melalui ujian dan kesukaran.
- Tanpa mujahadah yang tinggi kita mungkin juga mendapat hasil tetapi atas kadar biasa, tidak luar biasa sebagaimana yang disebut dalam ayat al-Quran ini.
- Setiap orang perlu menilai setakat mana usaha yang dibuat sebelum mengharapkan anugerah istimewa dari Allah ini. Di dalam menuntut ilmu agama kita perlu bertanya kepada diri sendiri setakat mana bersungguhnya kita berusaha dan untuk tujuan apa (niat) ianya dilakukan.
- Selepas memenuhi syarat tersebut (mujahadah dan benar-benar ikhlas), Allah menegaskan, “Pasti Kami (Allah) akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami”.
- Dalam hal-hal agama, ditekankan sekali lagi, perlu ada mujahadah (usaha yang gigih, bersungguh-sungguh dan tidak mengenal penat) dan juga keikhlasan yang tidak berbelah bagi.
- Contohnya dalam menuntut ilmu kita utamakan belanja untuk membeli buku dari pakaian (yang lebih dari keperluan), malah dari makanan (yang berlebihan). Jika perlu, kita sanggup menempuhi perjalanan yang jauh dan memenatkan demi untuk mendapat ilmu.
- Ibnu Hajar al-Haithami pada mulanya seorang yang tidak begitu cerdas. Tapi berkat doa dan usahanya Allah telah membuka jalan kepadanya dan menjadi seorang alim besar.
- Kisah hampir serupa berlaku kepada seorang lagi ulama’ besar, Sheikh Muhammad Abduh.
- Perlu kesabaran dan mujahadah yang tinggi, barulah Allah taala memberi kemenangan.
- Kita patut ambil iktibar dari perjuangan Nabi s.a.w. Walaupun Baginda kekasih dan makhluk kesayangan Allah, Baginda tidak berhenti-henti berjuang dan bersungguh-sungguh dalam menunaikan semua perintah Allah.
Kejayaan tidak datang bergolek, lebih-lebih lagi dalam hal-hal agama. Allah berjanji akan memberi pertolongan kepada mereka yang bermujahadah dan ikhlas berusaha menegakkan agama-Nya.
Muat Turun Atau Baca Online
