Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 23 – “Dan Biasanya Kami Tidak Memberi Mukjizat-mukjizat Itu Melainkan Untuk Menjadi Amaran (Bagi Kebinasaan Orang-orang Yang Memintanya Kalau Mereka Tidak Beriman)” (Surah Al-Israa’, Ayat 59)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO –  [Durasi – 3m 46s] – MUTIARA AL-QURAN – Diberi Mukjizat Sebagai Amaran Kepada Mereka Yang Tidak Beriman

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/VKuXKQPCCf4 ]

DAN BIASANYA KAMI TIDAK MEMBERI MUKJIZAT-MUKJIZAT ITU MELAINKAN UNTUK MENJADI AMARAN (BAGI KEBINASAAN ORANG-ORANG YANG MEMINTANYA KALAU MEREKA TIDAK BERIMAN)” (SURAH AL-ISRAA’, AYAT 59)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. “Dan Biasanya Kami Tidak Memberi Mukjizat-mukjizat Itu Melainkan Untuk Menjadi Amaran (Bagi Kebinasaan Orang-orang Yang Memintanya Kalau Mereka Tidak Beriman)”.
  2. Bila Allah beri mukjizat (sebagai tanda kebesaran Allah), ianya merupakan amaran dan akibatnya buruk jika ianya dibantah, atau ajarannya ditolak atau bertindak jahat ke atas mukjizat tersebut (seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Saleh).
  3. Maksud ayat al-Quran ini adalah lebih luas, kerana “al-ayaat’ boleh bermaksud apa saja tanda-tanda kebesaran Allah contohnya tsunami yang didatangkan untuk menjadi peringatan.
  4. Apa-apa fenomena atau bencana alam yang luar biasa seperti taufan dsb merupakan amaran dari Allah supaya kita ingat kepada-Nya dan supaya kita muhasabah diri.
  5. Kadang-kadang ujian atau bala bencana datang bukan kerana apa-apa kesalahan tetapi Allah sengaja ingin menguji kita.
  6. Pengajaran dari ujian dan peringatan ini adalah bahawa dunia ini walaupun nampak tenang tapi bila-bila masa saja Allah boleh mengubahnya. Begitu juga walaupun masih muda jangan ingat kita tidak boleh mati!
  7. Ini semua adalah peringatan supaya kita tidak leka.
  8. Peringatan-peringatan dan tanda-tanda yang Allah turunkan ini adalah untuk memberi amaran kepada kita, contohnya, supaya jangan jadi seperti Fir’aun jika kita adalah seorang pemerintah.

Berwaspadalah bila ada apa-apa bencana samada besar atau kecil. Ianya adalah peringatan dari Allah supaya kita jangan leka dan segeralah bermuhasabah diri.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment