[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 11m 22s] – MUTIARA AL-QURAN – Allah Tidak Menghilangkan Pahala Orang Yang Berbuat Kebaikan
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/pz9ohASh1Zw [
“SEBENARNYA SESIAPA YANG BERTAQWA DAN BERSABAR, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGHILANGKAN PAHALA ORANG-ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN” (SURAH YUSUF, AYAT 90)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, Allah tidak akan menghilangkan pahalanya (orang-orang yang berbuat kebaikan).
- “Bertaqwa” dan “Sabar” selalu disebut bergandingan di dalam al-Quran. Ini bermaksud, Allah tidak akan menghilangkan pahala bila ada dua sifat ini dalam diri seseorang. Dan kedua-dua sifat ini sukar untuk diamalkan.
- Dalam konteks ayat ini, “bertaqwa” bermaksud kita menjaga perintah Allah dan “bersabar” bermaksud menghindari dan menahan diri dari perkara-perkara yang Allah larang.
- Biasanya, “taqwa” itu bermaksud membuat apa yang Allah suruh dan meniggalkan apa yang Allah larang.
- Sabar dalam melaksanakan perkara yang Allah suruh, contohnya berwudhu’ di musim sejuk dan berperang di jalan Allah.
- Suruhan Allah itu banyak dan berbagai-bagai. Ada suruhan bermakna wajib, sunat atau galakan.
- Bila kita bersabar, kita akan mendapat hasilnya. Jika manusia tidak menghargai sikap sabar kita, jangan gusar, kerana Allah tidak akan mensia-siakan perbuatan baik kita itu. Allah menyediakan balasan yang lebih baik untuk kita di akhirat nanti.
- Oleh itu jangan rasa kecewa, dukacita dan menganggap Allah tidak sayang kepada kita kerana perjalanan hidup ini akan berlanjutan hingga hari akhirat. Kita tidak patut persoalkan kenapa kita tidak mendapat hasil dari kebaikan kita semasa di dunia ini.
- Allah telah berjanji akan membalasnya dan pasti kita akan mendapat hasilnya.
- Pahala dan balasan di akhirat adalah lebih baik dan lebih bermakna berbanding dengan balasan yang diperolehi di dunia ini. Oleh itu, jika tidak dapat hasilnya di dunia ini sebenarnya kita tidak rugi, malah Sahabat-sahabat Nabi lebih suka jika mereka hanya mendapat balasan di akhirat sahaja.
- Ada Sahabat Nabi yang inginkan mati syahid melebihi (malah menolak) dari mendapat “ghanimah” (harta rampasan perang).
- Nabi bersabda, “Jika kamu benar, Allah akan benar juga dengan kamu” iaitu, jika kamu bercakap benar, Allah akan jadikan kenyataan apa yang kamu katakan.
- Walaupun ada hadith menyatakan jika kita dapat hasilnya di dunia ini, maka balasannya akan berkurang di akhirat, sekiranya Allah beri habuan di dunia ini hendaklah kita terima dengan senang hati kerana ianya akan membuka peluang untuk berbuat kebaikan yang lain pula.
- Bersabar dari melakukan perkara yang Allah larang ada ganjarannya dan tidak sia-sia.
- Tanpa keyakian bahawa ada balasan dari Allah menyebabkan kita akan resah gelisah dan mungkin berubah haluan hidup, matlamat dan perjuangan. Kita tidak perlu berubah haluan sekiranya apa yang kita lakukan sememangnya berada di landasan yang benar. Yang penting, kita perlu sabar dalam apa-apa yang kita buat. Nilaikan adakah apa yang kita lakukan diredhai oleh Allah atau tidak.
- Semakin tinggi kesabaran kita, semakin banyak pahala yang kita perolehi. “Sabar” ini ada banyak peringkatnya, ada manusia yang sabarnya berbolak-balik dan ada pula manusia yang sabarnya berterusan.
- Di antara contoh sabar yang paling tinggi ialah dari kisah-kisah Nabi Yusuf, Nabi Yaakub dan Nabi Muhammad. Ringkasnya, orang yang berjaya di dunia dan akhirat ialah orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi.
“Taqwa Dan Sabar” – Lakukan Apa Yang Allah Perintahkan Dan Tinggalkan Apa Yang Allah Larang. Dan Bersabarlah Melakukan Perintah Dan Meninggalkan Larangan Dengan Kesabaran Yang Tinggi
Muat Turun Atau Baca Online
