Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 27 – “Janganlah Kamu Merugikan Manusia Terhadap Hak-Hak Mereka” (Surah Huud, Ayat 85)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 3m 5s] – MUTIARA AL-QURAN – Janganlah Merugikan Manusia Terhadap Hak-hak Mereka

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/fK8mCk9gMIk ]

“JANGANLAH KAMU MERUGIKAN MANUSIA TERHADAP HAK-HAK MEREKA “. (SURAH HUUD, AYAT 85)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. “Janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka”, ataupun janganlah kamu mengurangkan hak-hak orang lain.
  2. Jika kita melebihkan hak orang lain atau mengurangkan hak kita, itu adalah baik dan mulia.
  3. Jangan termasuk golongan seperti yang disebut dalam ayat 3 Surah al-Al-Mutaffifiin, “Apabila dia sukat atau timbang untuk orang lain, dia mengurangkan”, tetapi apabila diminta disukat untuknya, dia minta disukat dengan tepat.
  4. Ingatlah, hak orang lain tidak boleh dikurangi, “skop” dan makna “hak” adalah amat luas.
  5. Jika kita jadi pemerintah, hak rakyat tidak boleh dikurangkan dan begitulah juga sekiranya kita jadi rakyat.
  6. Ibu bapa dan anak-anak mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing yang tidak boleh dikurangkan.
  7. Begitu juga di antara suami dan isteri, masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab. Jangan kurangkan dalam menunaikan hak kepada suami atau isteri.
  8. Itulah tanda mukmin yang sebenarnya; yang berjaya dan beruntung.
  9. Mereka yang dinafikan atau dikurangkan haknya boleh menuntut hak-hak mereka di dunia dan di akhirat.

Berwaspadalah tentang hak-hak yang perlu ditunaikan. Jangan dikurangkan hak orang lain tetapi adalah terpuji jika kita mengurangkan hak kita. Ingatlah, hak yang tidak ditunaikan akan dituntut sama ada di dunia ini atau sehingga hari akhirat.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment