Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 28 – “Dan Masuklah Ke Rumah-rumah Itu Dari Pintunya” – (Surah al-Baqarah, Ayat 189)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 6m 38s] – MUTIARA AL-QURAN – Masuklah Ke Rumah-rumah Itu Dari Pintunya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/iNDv6Cwsi2c ]

DAN MASUKLAH KE RUMAH-RUMAH ITU DARI PINTUNYA” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 189)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Asalnya cerita ini adalah berkenaan orang Quraisy yang ber”ihram” masuk ke rumah mereka melalui pintu belakang atau dari atas kerana mereka percaya itu adalah amalan yang baik yang dituntut agama. Sebenarnya, mereka silap.
  2. Ayat ini bermaksud, untuk melakukan sesuatu perkara hendaklah mengikut prosidur dan syarat-syarat yang betul.
  3. Jika ingin masuk ke rumah orang hendaklah dari pintu depan; kalau ingin memperolehi ilmu hendaklah rajin belajar (ibarat kepada “pintu depan”). Kalau masuk melalui pintu yang salah, kita tidak akan mendapat hasilnya.
  4. Untuk mendapat hasil yang memuaskan, kita hendaklah mengikut cara yang betul, contohnya dalam bercucuk tanam perlu tahu cara menyiram, membaja dan sebagainya.
  5. Dalam kehidupan seharian dan bermasyarakat, kita perlu tahu amalan dan adat kebiasaan masyarakat. Jika ingin bertarung kita perlu berlawan berdepan dan jangan pukul curi dari belakang!
  6. Panduan ini juga bermaksud, sesuatu urusan hendaklah mengikut cara dan jalan yang sah dan diterima dan bukan dengan cara yang salah.
  7. Kaedah ini hendaklah diamalkan dalam seluruh kehidupan kita, baik di bidang kerjaya atau urusan-urusan peribadi.
  8. Dengan mempraktikkan panduan ini kita akan berjaya dan akan diterima baik oleh mereka yang di sekeliling kita dan yang berurusan dengan kita. Kita sendiripun berharap supaya kita diperlakukan sebagaimana itu.
  9. Semuanya akan diterima baik dan hidup akan tenang, tiada pergaduhan, permusuhan, benci membenci dan sangka buruk.
  10. Contoh amalan yang salah, memberi rasuah untuk mendapatkan tempat di universiti walaupun sebenarnya seseorang itu tidak layak. Akan berlaku penganiayaan dan kezaliman. Orang yang tidak layak, walaupun mendapat sijil dan ijazah, tidak akan mencapai hasil yang memuaskan (dan diberkati).
  11. Panduan ini amat luas konteknya dan kita hendaklah terapkan dalam kehidupan seharian kita.

Lakukan sesuatu tugas, amanah, kerja, amal ibadat dll mengikut cara dan prosidur yang betul. Elakkan dari penyelewengan dan cara yang salah.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment