[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 7m 26s] – MUTIARA AL-QURAN – Jangan Kamu Melupakan Kelebihan Di antara Kamu
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_QagkfdyX94 ]
“DAN JANGAN KAMU MELUPAKAN KELEBIHAN DI ANTARA KAMU” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 237)
EKSTRAKS DARI VIDEO
1. Kadang-kadang kita lupa kelebihan orang lain.
2. Sentiasa ingat bahawa kita tetap ada kekurangan walaupun lebih dalam banyak hal.
3. Juga perlu sedar walau bagaimana kurang pun seseorang itu, dia tetap ada kelebihan. Sikap ini akan menghilangkan perasaan takabbur dan megah dalam diri kita.
4. Ingatlah bahawa setiap makhluk ada kelebihan tersendiri.
5. Jangan dengki dengan kelebihan yang ada pada orang lain.
6. Jangan lupa kelebihan orang lain walaupun dia ada kekurangan.
7. Jangan tolak seseorang hanya kerana dia ada kekurangan. Ingat dulunya bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dikutuk habis-habisan bila Singapura terlepas dari Malaysia.Tapi orang lupa jasanya membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Oleh itu, jangan lupa jasa Tunku!
8. Kita perlu sentiasa kenang jasa orang.
9. Asalnya ayat al-Quran ini adalah berkenaan kisah perceraian di kalangan Sahabat.
10. Kadang-kadang selepas bercerai, orang akan lupa kebaikan pasangannya. Dengan mengakui jasa dan budi bekas pasangan kita, hubungan kekeluargaan akan tetap jadi baik, walaupun setelah bercerai.
11. Jangan lupa jasa guru dan ibu bapa, walau bagaimana kurang atau dhaifnya mereka.
12. Sentiasa jangan lupa kelebihan seseorang di antara kamu. Hargailah jasa dan kelebihan mereka.
13. Janganlah kerana kelebihan yang ada pada kita, kita lupa kelebihan orang lain; mungkin mereka lebih berjasa dari kita.
14. Perkara yang baik tetap akan baik walaupun dilakukan oleh orang yang tidak baik, hatta orang kafir sekalipun.
15. Janganlah kekurangan seseorang dalam sesuatu hal akan menutup kebaikannya yang lain.
16. Paling minima kita hendaklah berdoa supaya orang yang melakukan kesalahan insaf.
Semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Hendaklah kita sentiasa ingat akan kelebihan seseorang dan janganlah kekurangannya menyebabkan kebaikannya kita lupakan. Hiduplah dengan rukun damai dan harmoni.
Muat Turun Atau Baca Online
