Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 32 – “Allah Sekali-kali Tidak Akan Menyalahi Janji-Nya” (Surah al-Hajj, Ayat 47)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 11m 18s] – MUTIARA AL-QURAN – Allah Sekali-kali Tidak Akan Menyalahi Janji-Nya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/lk8WhQiFSNg ]

“ALLAH SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENYALAHI JANJI-NYA” (SURAH AL-HAJJ, AYAT 47)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Allah, jika berjanji, tidak akan memungkiri janji-Nya. Janji Allah adalah benar.
  2. Kita akan rasa tenang hati bila Allah sendiri yang menjanjikan sesuatu, lainlah jika janji dari manusia kerana ianya mungkin boleh ditunaikan dan mungkin tidak dapat ditunaikan. Kita hendaklah percaya dan yakin dengan semua janji dari Allah kerana pasti ianya akan ditunaikan sepenuhnya.
  3. Janji Allah (di dalam al-Quran) tidak mungkin dimansuhkan. Bila Allah berjanji, kita hendaklah pegang dengan teguh, kerana ayat al-Quran menyebut, “…Allah tidak memungkiri janji”.
  4. Jika Allah berjanji, contohnya dengan melakukan sesuatu amalan kamu akan dapat syurga, maka yakinlah dengan janji Allah itu.
  5. Kita manusia bila berjanji, mungkin dapat menunaikannya dan mungkin tidak dapat menunaikannya kerana kita lemah.
  6. Tercatat dalam al-Quran bahawa Allah berjanji orang Islam akan menang, apa yang terjadi ialah tentera Islam memang benar-benar menang.
  7. Allah memberitahu Nabi (di dalam al-Quran) bahawa Baginda akan masuk ke Mekah dengan aman dan ianya menjadi kenyatan kemudiannya. Walaupun ayat al-Quran ada menyebut “insyaAllah”, jika ianya dari Allah, ianya pasti akan berlaku.
  8. Apa yang berlaku di zaman Nabi dan di zaman kita selepas disebut oleh Nabi akan berlaku, membuktikan bahawa apa yang dijanjikan Allah adalah benar. Contohnya, hadith Nabi (yang juga merupakan wahyu dari Allah) yang menyebut manusia akan berlumba-lumba mendirikan bangunan pencakar langit dan fenomena riba yang akan terkena semua orang sama ada secara langsung atau tidak, memang jelas berlaku di zaman ini. Juga, tentang orang Islam akan menguasai Konstantinapol. Memang apa yang disebut dalam al-Quran dan wahyu Nabi, telah dan akan berlaku semuanya.
  9. Perhatikan ayat al-Quran yang bermkasud, “Bila unta tidak digunakan (sebagai kenderaan)…”, ianya benar-benar berlaku pada hari ini bila unta hanya dimanfaatkan dagingnya sahaja dan tidak lagi digunakan sebagai kenderaan.
  10. Ada perkara yang diketahui dengan jelas hanya selepas zaman Nabi contohnya semua perkara ada pasangannya.
  11. Ada juga perkara yang sampai hari ini belum berlaku, tetapi disebut Allah akan berlaku suatu hari nanti seperti “Matahari berhenti….”. Kita wajib percaya perkara tersebut akan berlaku.
  12. Cerita-cerita dari Allah tentang akan berlakunya sesuatu perkara merupakan janji dari Allah.
  13. Walaupun sama ada seseorang akan mati dalam Islam atau sebagai orang kafir adalah di atas ketentuan Allah semuanya, tetapi Allah sudah berjanji jika seseorang hamba melakukan amalan-amalan yang ditetapkan akan diberi syurga (iaitu mati dalam Islam).
  14. Kita hendaklah tenang hati dan yakin dengan janji Allah. Cuma Allah ingin kita sentiasa berwaspada dan elakkan dari rasa yakin dan percaya bahawa kita pasti selamat.
  15. Bila kita sudah amalkan segala perintah Allah, kita hendaklah jangan bimbang dengan janji Allah. Jangan gelisah terutamanya bila tiba saat kematian.
  16. Yakinlah sekiranya jalan yang kita ikuti adalah jalan yang benar sebagaimana petunjuk dari Allah dan Rasulullah, InsyaAllah, Allah akan jaga kita.
  17. Bagi (mereka) yang bertaqwa, dan membenarkan al-Husna (Islam), Kami akan mudahkannya kepada jalan yang senang (syurga)”.
  18. Sekiranya kita pilih jalan yang benar, Allah akan permudahkan kita jalan ke syurga.

Pelajari dan amalkan apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan larangan-Nya, bulatkan tekad kita, Allah akan tunaikan janji-Nya untuk memberi balasan syurga.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment