[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 11m 31s] – MUTIARA AL-QURAN – Yahudi Dan Nasrani Tidak Akan Senang Sehingga Kamu Ikut Agama Mereka
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xjaYj5COXKA ]
“ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN SENANG KEPADA KAMU SEHINGGA KAMU MENGIKUTI AGAMA MEREKA” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 120)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Panduan ini amat penting terutamanya kepada kita yang hidup di zaman ini (yang mana pengaruh Yahudi dan Nasrani [Kristian] amat kuat).
- Kita hendaklah kenal pasti dari mana asalnya gaya hidup, adab resam dan budaya yang kita amalkan. Siapakah yang bersetuju dan gembira dengan gaya hidup yang kita amalkan ini dan siapa pula yang membencinya?
- Hakikatnya, di zaman ini, pengaruh Yahudi dan Nasara adalah amat besar.
- Walaupun negara kita tiada hubungan diplomatik dengan Yahudi (Negara Israil), yang menunjukkan tiada hubungan fizikal dengan mereka, tetapi cara berfikir (fikrah), semangat, minat dan hobi kita banyak dipengaruhi oleh golongan Yahudi
- Serangan pemikiran melalui media massa dan internet menyebabkan pengaruh Yahudi dan Nasrani telah meliputi masyarakat kita. Mereka yang mengikuti perkembangan pertarungan pemikiran ini amat takut dengan kejayaan dan pengaruh pemikiran Yahudi yang seolah meresap di setiap aliran darah tubuh kita.
- Pengaruh asing ini datang atas nama dan rupa yang berbagai-bagai tetapi hakikatnya ianya adalah dari Yahudi dan Nasrani.
- Salah satu contoh ialah larian obor sukan Olimpik. Ianya adalah jarum Yahudi (iluminati, Zionis) supaya kita menurut mereka sebagaimana syaitan yang suka disembah di sebalik berhala.
- Yahudi dan Nasrani amat suka jika kita mengikut mereka sehingga ke tahap menukar agama. Kalau gagal menukar agama pun, adalah suatu kejayaan kepada mereka jika pengaruh dan lambang-lambang agama mereka meresap dan dipandang elok dalam pemikiran kita.
- Banyak amalan dan perbuatan kita terpengaruh dengan budaya mereka tanpa kita sedari seperti penggunaan kalendar Masehi dan cuti pada hari Ahad.
- Di samping itu, dalam masyarakat Melayu, terdapat juga pengaruh Hindu seperti pulut kuning, lenggang perut, bersanding, cara “sembah” kepada Raja dsb. Tetapi di segi ancaman kepada ummat Islam, pengaruh Yahudi dan Nasrani adalah lebih bahaya.
- Sesuatu adat atau amalan yang sudah meresap ke dalam sesuatu bangsa amat sukar untuk dipisahkan; ianya akan sentiasa dianggap elok dan sesuai tidak kira sama ada ianya sebenarnya baik atau tidak.
- Kita rasa bangga dengan apa yang ada pada mereka seperti makanan, pakaian dan gaya hidup. Betapa kerdilnya jiwa kita yang mengaku sebagai penganut Islam!
- Cara hidup dan budaya Yahudi dan Nasrani telah meliputi hampir semua bangsa dan diikuti seluruh dunia.
- Negara-negara Eropah mengagungkan salib sebagaimana kita mengingati simbol bulan bintang. Mereka melnganggap agama Kristian atau Yahudi sebagai punca dan lambang kejayaan, walaupun mereka sendiri tidak mengamalkannya.
- Bangsa yang dijajah pemikirannya akan terikut-ikut dengan budaya Eropah ini.
- Contoh budaya lain yang menjadi ikutan kita ialah sambutan harijadi dan potong kek. Terdapat versi Islam hasil dari budaya ini iaitu sambutan maulidur Rasul yang sebenarnya tiada asalnya dalam Islam.
- Sesungguhnya umat kita adalah umat yang celaru kerana terpengaruh dengan budaya yang dicetuskan oleh Yahudi dan Nasrani.
- Walaupun mereka sudah berasa gembira apabila kita menurut budaya mereka tetapi mereka tidak akan berpuas hati sehingga kita menukar kepada agama mereka.
- Untuk melawan golongan kafir Yahudi dan Nasara ini Allah ajarkan doa berikut, “Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah al-Baqarah, Ayat 286)
- Tanpa pertolongan Allah, nescaya kita akan tewas. Untuk mengembalikan jati diri umat Islam adalah suatu tugas yang amat berat.
- Amat sukar untuk kita melepaskan diri dari penjajahan pemikiran ini.
- Pemikiran kita masih terjajah walaupun kita telah merdeka di segi zahirnya.
Kita telah merdeka secara fizikal tetapi fikiran kita terjajah dan terjerat dengan budaya Yahudi dan Nasrani. Berusaha dan berdoalah meminta pertolongan dari Allah supaya melepaskan kita dari belenggu yang amat bahaya ini
Muat Turun Atau Baca Online
