[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 7m 15s]- MUTIARA AL-QURAN -Hendaklah Sentiasa Tetap Teguh Di Atas Jalan Betul (Istiqamah)
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/n0bziiBv0z0 ]
“MAKA HENDAKLAH ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) SENTIASA TETAP TEGUH DI ATAS JALAN BETUL SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN KEPADAMU” (SURAH HUUD, AYAT 112)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Walaupun ayat al-Quran ini pada asalnya ditujukan kepada Nabi, mengikut kaedah tafsir, apa yang ditujukan kepada Nabi, ditujukan juga kepada umatnya.
- Umat Islam dikehendaki supaya beristiqamah. Istiqamah bermaksud, “tetap pendirian” atau “teguh di atas jalan yang benar”.
- Jika kita buat apa yang Allah suruh (atas jalan yang betul) nescaya ada balasan yang baik dan ianya tidak sia-sia.
- Sesiapa yang ada sifat istiqamah nescaya akan berjaya.
- Ulama’ ada menyebut, “Istiqamah itu lebih baik dari seribu keramat”. Ini adalah kerana dengan istiqamahlah, insyaAllah, seseorang itu akan berjaya dalam bidang apa pun.
- Istiqamah adalah perlu untuk semua aktiviti. Contohnya, istiqamah dalam perniagaan kedai makan, rasa sedap yang tetap sama; istiqamah dalam belajar, sentiasa menghadiri kelas; istiqamah sebagai guru, sentiasa datang mengajar.
- Mereka yang tiada sifat istiqamah tidak akan berjaya.
- Dalam belajar, istiqamah lebih penting dari kemampuan otak (bijak) terutamanya pelajar dalam bidang agama kerana banyak perkara yang perlu dijaga seperti akhlak, adab dll.
- Tiada istiqamah akan menyebabkan seseorang mudah mengalah dan mengundur diri.
- “Kamu hendaklah istiqamah sebagaimana diperintah (oleh Allah)”.
- Apa-apa yang diperintahkan oleh Allah sudah pasti ianya perkara yang baik.
- Sifat istiqamah amat penting untuk kejayaan dalam hidup kita, di dunia dan di akhirat.
Istiqamah adalah antara kriteria paling penting untuk kejayaan seseorang sama ada di dunia atau di akhirat.
Muat Turun Atau Baca Online
