Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 38 – “Maka Sesiapa Yang Mengerjakan Kebaikan Seberat Zarrah, Niscaya Dia Akan Melihat (Balasan)nya. Dan Sesiapa Yang Mengerjakan Kejahatan Sebesar Zarrah, Nescaya Dia Akan Melihat (Balasan)nya Pula” (Surah az-Zalzalah, Ayat 7 & 8)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 5m] – MUTIARA AL-QURAN – Setiap Kebaikan Dan Kejahatan Walaupun Seberat Zarrah Akan Dibalas

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/OYfGHvDrHTs ]

“MAKA SESIAPA YANG MENGERJAKAN KEBAIKAN SEBERAT ZARRAH, NESCAYA DIA AKAN MELIHAT (BALASAN)NYA. DAN SESIAPA YANG MENGERJAKAN KEJAHATAN SEBESAR ZARRAH, NESCAYA DIA AKAN MELIHAT (BALASAN)NYA PULA” (SURAH AZ-ZALZALAH, AYAT 7 & 8)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberah zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula.
  2. Tiada kebaikan yang tidak akan dibalas oleh Allah. Ianya tidak akan sia-sia.
  3. Ayat al-Quran bermaksud, “Tuhan tidak akan sia-siakan walaupun sedikit amalan (baik) kamu”, dengan syarat amalan tersebut menepati syarat yang ditetapkan oleh agama.
  4. Begitu juga setiap kejahatan (jika tidak bertaubat dan diampunkan oleh Allah), akan tetap dibalas oleh Allah walaupun seberat zarrah.
  5. Oleh itu, gunakanlah kesempatan yang ada semasa hidup ini untuk membuat kebaikan sebanyak mungkin.
  6. Balasan baik dan buruk pasti akan ada dan ini adalah jaminan dari Allah.
  7. Di atas dunia ini pun, memang kita akan mendapat balasan dari perkara baik yang kita lakukan, cuma balasannya tidaklah sempurna. Perkara baik akan disukai semua orang, dan mereka suka untuk membalas kebaikan tersebut. Begitu juga sebaliknya tentang perkara-perkara jahat dan tidak baik.
  8. Kita tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat balasan di dunia di atas kebaikan kita. Di akhirat kita pasti akan dapat balasannya, walau sekecil manapun kebaikan kita itu.
  9. Jangan sekali-sekali melakukan kejahatan, kerana walau sekecil zarahpun ianya akan dibalas. Ada berbagai perkara buruk yang kadang-kadang perkara kecil dan remeh tetapi bakal memufliskan seseorang di akhirat nanti.
  10. Ingatlah, tiada jalan keluar jika muflis di akhirat nanti; tidak sama jika muflis di dunia ini bila kita berpeluang untuk bangkit semula. Pahala yang banyak akan habis digunakan untuk menebus dosa dan kesalahan-kesalahan terhadap orang lain. Inilah muflis yang sebenar.
  11. Oleh itu buatlah kebaikan semaksima mungkin dan jangan sekali-kali berbuat kejahatan.
  12. Jika tidak dibalas di dunia ini, kita akan dapat balasannya di akhirat nanti.

Gunakanlah kesempatan yang ada semasa hidup di dunia ini untuk membuat kebaikan sebanyak mungkin dan jangan sekali-sekali melakan kejahatan.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment