Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 4 – Bahkan manusia itu (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri. Walaupun dia memberikan alasan-alasannya untuk membela diri – (Surah al-Qiyaamah, Ayat 14 & 15)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 7s] – MUTIARA AL-QURAN – Manusia menjadi saksi terhadap dirinya sendiri

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/UU2k6fJPaao ]

BAHKAN MANUSIA ITU (ANGGOTANYA) MENJADI SAKSI TERHADAP DIRINYA SENDIRI. WALAUPUN DIA MEMBERIKAN ALASAN-ALASANNYA UNTUK MEMBELA DIRI (SURAH AL-QIYAAMAH, AYAT 14 – 15)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Tafsiran pertama untuk ayat ini ialah, “Di hari akhirat nanti, anggota kita akan bercakap”.
  2. Allah yang mencipta lidah untuk bercakap, boleh saja mencipta anggota lain untuk bercakap.
  3. Di atas dunia ini kita boleh menipu dan berbohong, tetapi di akhirat, mulut akan dikunci dan anggota lain pula akan bercakap
  4. Tafsiran kedua untuk ayat ini adalah lebih umum dan ianya boleh digunakan sebagai panduan dalam kehidupan di dunia ini.
  5. Tafsiran kedua ialah bahawa, kita boleh menipu orang lain dan membuat orang lain percaya kepada kita tapi hakikatnya, kita sendiri tahu kedudukan sebenar sesuatu perkara.
  6. “Manusia amat tahu tentang dirinya”.
  7. Dia sendiri tahu hakikat sebenar apa yang dilakukannya walaupun dia berjaya memperdaya semua orang.
  8. Oleh itu sebagai orang Islam, kita hendaklah jangan bercakap bohong dan menipu.
  9. Kelak, hati kecil kita akan merintih dan menyumpah seranah diri kita sendiri.
  10. Kemanakah kita akan melarikan diri?
  11. Ayat al-Quran ini merupakan motivasi untuk kita memperbaiki diri kita.
  12. Sesungguhnya, Allah akan menghitung semua amal perbuatan kita.
  13. Ingatlah, suatu hari nanti penipuan kita akan terdedah juga.
  14. Hakikatnya, kita tidak boleh menyembunyikan penipuan yang kita lakukan.
  15. Mungkin kita boleh menipu orang dengan ucapan “in sya-Allah” semasa berjanji, tetapi niat sebenarnya, hanya kita yang tahu.
  16. Kitalah yang paling tahu tentang diri kita; kita tahu apa yang kita curi, pecah amanah, rasuah dan apa-apa maksiat yang kita lakukan.
  17. Ingatlah, kita akan menjadi saksi kepada diri kita sendiri, dan ingatlah bahawa (setiap kejahatan) kita tidak akan terlepas (dari hukuman).
  18. Contoh dalam kehidupan seharian, kita tahu yang kita memakai gigi palsu, walaupun tiada orang lain yang tahu.
  19. Contoh lain, orang lain nampak kita sihat dan gagah, tapi kita sendiri tahu keadaan sebenar diri kita.
  20. [Adalah amat perlu belajar untuk mengetahui sama ada apa yang kita lakukan adalah halal atau tidak].
  21. Seseorang mungkin nampak bergaya dan gagah, tetapi tuan diri tahu hakikat sebenar adalah sebaliknya!
  22. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita tahu setakat mana kemampuan kita sebagai pemimpin, oleh itu perlu jujur dan akur dengan kemampuan sebenar kita bila diberi tanggungjawab sebagai pemimpin dan sebagainya.
  23. Banyak faedah akan kita perolehi di dunia dan di akhirat jika kita mengamalkan ayat al-Quran ini.
    Hakikatnya, kita tahu apa yang ada dalam hati kita walaupun satu dunia tidak dapat menghidunya.

Hakikatnya, kita tahu perbuatan kita salah atau benar, tidak kira apa pandangan orang lain. Oleh itu jauhilah dari melakukan kejahatan dan maksiat kerana suatu masa nanti ianya akan terdedah juga.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment