[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 11m 46s] – MUTIARA AL-QURAN – Musibah Adalah Disebabkan Perbuatan Tanganmu Sendiri
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/CWyzdCwRXwQ ]
“DAN APA SAJA MUSIBAH YANG MENIMPA KAMU MAKA ADALAH DISEBABKAN OLEH PERBUATAN TANGANMU SENDIRI, DAN ALLAH MEMAAFKAN SEBAHAGIAN BESAR (DARIPADA KESALAHAN-KESALAHANMU)” (SURAH ASY-SYURA, AYAT 30)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Ayat al-Quran ini mengingatkan kita supaya tidak menuding kepada orang lain di atas kesalahan yang kita lakukan.
- Musibah di luar kawalan dan ikhtiar kita, seperti ditimpa ribut dan banjir, ianya merupakan ujian dari Allah.
- Ayat ini adalah berkenaan perkara-perkara yang dalam batas ikhtiar dan usaha kita. Sekiranya berlaku musibah kerana kegagalan kita untuk merancang dan bertindak sepatutnya, janganlah kita menyalahkan takdir. Contohnya, pelajar yang tidak berjaya, janganlah menyalahkan ibu bapa tetapi salahkan diri sendiri yang tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga dalam hal-hal lain, kita perlu ikut prosidur yang betul untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
- Kita perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan kita; musibah yang menimpa kita adalah disebabkan oleh tangan kita sendiri.
- Banyak perkara di dunia ini berkait dengan sebab musabab; jangan gopoh untuk meletakkan kesalahan kepada tuhan. Allah sudah tunjukkan jalan, dan kitalah yang memilih jalan yang kita kehendaki, sekiranya ianya menyebabkan akibat buruk, janganlah kita menyalahkan Allah.
- Penting untuk kita sedar, banyak daripada kesalahan-kesalahan yang kita lakukan Allah boleh ampunkan, kerana kita adalah manusia yang lemah. Tetapi ada kalanya Allah tidak mengampuni kesalahan-kesalahan tersebut, contohnya, dalam keadaan kita terus menerus melakukan kesalahan (dan dosa).
- Kita perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya dan tidak boleh menyalahkan keadaan atau takdir bila kita melakukan sesuatu yang tidak bertepatan dengan kehendak sebenar.
- Saidina Umar menasihati kita memilih yang baik antara dua pilihan dan menegaskan bahawa pilihan kita itulah yang merupakan takdir.
- Malapetaka yang menimpa kita banyak disebabkan oleh kita sendiri tetapi kita tidak mahu mengaku bahawa itu adalah kesalahan kita.
- Kesilapan dan kecuaian perlu dipertanggungjawabkan. Hal-hal dalam batas ikhtiar manusia, orang yang melakukan kesalahan akan dipersalahkan.
- Di dalam al-Quran ada menyebut tentang beberapa malapetaka adalah dari Allah, di luar kawalan dan ikhtiar kita, maka kita tidak dipertanggungjawabkan dan terimalah itu sebagai takdir Allah. Tetapi, contohnya, jika kita sakit kerana kita tidak menjaga kesihatan, itu adalah kesalahan kita.
- Begitu juga malapetaka di akhirat nanti, seseorang dihukum kerana dia mempunyai ikhtiar dan pilihan semasa berada di dunia ini.
- Pisau yang ada di tangan kita, adalah pilihan kita sama ada untuk memanfaatkannya atau untuk membahayakan diri kita sendiri. Itu adalah pilihan kita dan jangan salahkan Allah. Seseorang bertanggungkawab di atas pilihan-pilihan yang diambil dalam hidupnya. Kalau tidak, nescaya kita akan mengatakan Allah zalim bila memasukkan seseorang ke dalam neraka.
- Jangan salahkan orang lain! Jangan salahkan Allah! Salahkan diri sendiri.
Berwaspadalah dengan setiap tindak tanduk kita dan berusahalah melakukan sesuatu perkara sebaik mungkin. Terimalah kesilapan dengan dada terbuka dan berusahalah untuk membetulkannya. Jangan salahkan orang lain!
Muat Turun Atau Baca Online
