Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 41 – “Sesungguhnya Allah Menyuruh (Kamu) Berlaku Adil” (Surah an-Nahl, Ayat 90)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 4m 21s] – MUTIARA AL-QURAN – Allah Menyuruh Kamu Berlaku Adil

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/yYvIOixKKvY ]

SESUNGGUHNYA ALLAH MENYURUH (KAMU) BERLAKU ADIL“ (SURAH AN-NAHL, AYAT 90)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. [Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat ihsan (kebaikan)]
  2. Dengan “berlaku adil” pun sudah memadai, apatah lagi dengan “ihsan”, yang lebih tinggi dari “adil”.
  3. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil.
  4. Berlaku adil bermaksud meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Lawan “adil” ialah “zalim”; “zalim” bermaksud meletakkan sesuatu tidak sesuai pada tempatnya.
  5. Allah memerintahkan kita berlaku adil kepada diri kita dan kepada yang lain. Prinsip ini luas. Contohnya, berlaku adil terhadap anak-anak dalam bantuan dan saraan hidup hendaklah berdasarkan keperluan anak-anak.
  6. Apa-apa yang ditetapkan oleh hukum Allah kita ikut secara ketat (kerana ianya sememangnya telah adil); dalam hal-hal pilihan, kita kena bersikap adil supaya tiada kesan buruk di dunia dan akhirat.
  7. Hendaklah sentiasa berhati-hati dan berlaku adillah terhadap anak-anak, isteri-isteri, adik-beradik, rakyat jelata dsb.
  8. Kita juga perlu berlaku adil untuk diri kita kerana, mata kita ada hak; isteri kita ada hak, jiran kita ada hak.
  9. Jika kita tidak berlaku adil, kita akan dituntut (sama ada di dunia atau di akhirat).
  10. Kita sekurang-kurangnya hendaklah berlaku adil, jika dapat berlaku “ihsan” ianya adalah lebih baik.
  11. Orang yang tidak diperlakukan secara adil akan menuntut haknya nanti dan kita bertanggungjawab terhadap hak-hak tersebut.
  12. Perhatikan aspek ini dalam kehidupan kita dari sebesar-besar sehingga sekecil-kecil perkara.
  13. Al-Quran dan hadith telah menggariskan dengan jelas konsep keadilan dan cara perlaksanaannya.

Al-Quran dan hadith telah menggariskan dengan jelas konsep keadilan dan cara perlaksanaannya

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment