[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 6m 6s] – MUTIARA AL-QURAN – Orang Yang Tidak Bakhil Adalah Orang Yang Berjaya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Bc20k6eJ8NY ]
“DAN SESIAPA YANG MENJAGA SERTA MEMELIHARA DIRINYA DARIPADA DIPENGARUHI OLEH TABIAT BAKHILNYA, MAKA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA” (SURAH AL-HASYR, AYAT 9)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Barangsiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhil, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
- Orang yang dapat mengawal dirinya dari sifat bakhil, maka dialah orang yang berjaya.
- Elakkan diri dari dikenali sebagai orang yang bakhil kerana Allah tidak suka kepada orang yang bersifat begini. Orang Islam tidak sepatutnya ada sifat bakhil.
- Allah menyebut tidak akan berjaya orang yang bakhil.
- Berbelanja untuk perkara maksiat tidak menjadikan orang itu sebagai seorang yang pemurah.
- Contohilah Nabi dan Sahabat-sahabat dalam berbelanja dan memanfaatkan harta.
- Tiada sesiapapun akan suka kepada orang yang bersifat bakhil.
- Ibu bapa yang bakhil akan mengsengsarakan anak-anak, menafikan peluang-peluang dalam hidup dan tidak dapat menikmati hidup yang selesa.
- Harta memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Al-Quran ada menyebut, harta adalah tulang belakang dalam kehidupan kita. Kehidupan manusia tidak tertegak dengan teguh tanpa harta. Oleh sebab itu, kita orang Islam tidak sepatutnya ada sifat bakhil (dalam membelanjakan harta).
- Kita sepatutnya peka dengan tawaran ganjaran dari Allah untuk orang yang bersedekah. Contohnya, banyak bersedekah di bulan Ramadhan seperti yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w.
- Seseorang itu betul-betul bersifat bakhil sekiranya tidak mahu berbelanja untuk keluarganya dan untuk agamanya. Dia seolah-olah tidak tahu apa fungsi dan tujuan harta.
- Harta tidak dibawa ke kubur dan bila mati akan ditinggalkan di dunia ini. Kita sendiri hendaklah buat kebaikan dengan harta tersebut dan jangan berangan-angan orang lain berbuat baik bagi pihak kita (seperti membayar upah orang mengaji al-Quran atas kubur kita!) Amalan-amalan yang tidak bersumberkan dari Nabi ini adalah sia-sia.
- Ingatlah, harta itu milik kita hanya semasa hidup, selepas mati ianya akan menjadi milik orang lain.
- Kita perlu bersikap sederhana bila menguruskan harta, tidak boros dan tidak bakhil.
Perlu bersederhana dalam menguruskan harta, tidak boros dan tidak bakhil. Sekali-kali jangan bakhil terutamanya untuk keluarga dan agama. Buatlah amal dengan harta yang kita miliki semasa kita hidup bukan dengan mengharapkan orang lain untuk berbuat amal bagi pihak kita selepas kematian kita.
Muat Turun Atau Baca Online
