[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 7m 7s]- MUTIARA AL-QURAN – Terimalah Dan Amalkanlah Perintah Rasulullah s.a.w
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/VlUcyJNdNMI ]
“DAN APA JUA PERINTAH YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH S.A.W KEPADA KAMU MAKA TERIMALAH SERTA AMALKAN DAN APA JUA YANG DILARANG KAMU MELAKUKANNYA MAKA PATUHILAH LARANGANNYA” (SURAH AL-HASYR, AYAT 7)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.
- Buatlah apa yang Rasulullah s.a.w perintahkan dan jangan buat apa yang Rasulullah tidak suruh apatah lagi apa yang dilarangnya.
- Jangan meminda dan memandai-mandai mengubah apa yang Rasulullah perintahkan; buatlah apa yang Baginda suruh.
- Kita perlu bertanya adakah amalan yang masyarakat amalkan hari ini adalah dari ajaran Nabi, contohnya, khatam al-Quran dan hadiahkan bacaan al-Quran kepada orang mati. Begitu juga kenduri-kendara sempena kematian. Atau jamuan bubur asyura di bulan Muharram? Adakah amalan-amalan ini ada contohnya dari Nabi s.a.w?
- Malangnya, semakin dilarang, masyarakat kita semakin galak mengamalkannya!
- Kita hendaklah selidiki adakah amalan-amalan tersebut diajar oleh Nabi s.a.w. Nabi amat sayang pada umatnya dan Baginda sentiasa berfikir untuk kebaikan kita. Carilah dalil-dalil dari Nabi terhadap amalan-amalan yang kita lakukan.
- Kita dakwa yang kita sayang pada Nabi, tapi tidak mencontohi Nabi, seperti, bila ada kematian kita baca al-Fatihah kirim pahala kepada si mati (padahal Nabi tidak pernah berbuat demikian)
- Realitinya dalam masyarakat kita, tauhid bercampur dengan syirik, amalan-amalan ibadat pula bercampur dengan bid’ah; semuanya bercampur aduk, tercemar dan palsu!
- Ini adalah kerana tidak suka ikut sunnah Nabi tetapi mengikut amalan nenek-moyang yang sesat!
- Selidikilah asal usul dan carilah dalil untuk amalan-amalan kita walaupun ianya kelihatan kecil.
- Banyak amalan pada masa ini yang tidak menepati sunnah, contohnya program “Quran Hour”. Sepatutnya kita galakkan bacaan al-Quran sepanjang masa bukan hanya pada suatu masa yang ditetapkan sahaja. Begitu juga menetapkan hari tertentu untuk sambutan khas sesuatu tema seperti hari ibu, hari buruh dsb. Bila kita tidak sambut, bukan bermakna kita tidak cakna terhadap tema-tema tersebut.
- Masyarakat barat mempunyai masalah tersendiri dan kita sebenarnya tidak menghadapi masalah tersebut. Contohnya, di barat mereka tidak begitu endahkan anak, maka mereka sambut harijadi, untuk mengingati anak, padahal kita orang Islam, anak adalah sentiasa dalam ingatan dan jagaan kita!
- Pendeknya, supaya selamat, tanyalah adakah Nabi buat semua perkara-perkara ini. Malangnya, apa yang Nabi larang dengan jelas dan terang, kita tetap lakukan. Contohnya, Nabi larang bangunkan binaan di atas kubur tetapi ada umat Islam, terutamannya di luar negara yang buat binaan lebih besar dari masjid di atas kubur-kubur!
- Bila diajak untuk mengamalkan sunnah mereka membantah dan melawan tanpa mereka sedari yang mereka lawan ialah Allah dan Rasul!
- Di antara punca perkara ini berlaku ialah sistem pengajian yang pincang dan berpegang pada konsep “asalkan ianya baik, maka boleh buat”. Konsep ini tidak tepat, kerana baik dan buruk hendaklah berpandukan petunjuk dari Nabi s.a.w dan Allah s.w.t.
Kehidupan masyarakat kita hari ini kusut di segi aqidah yang bercampur dengan syirik dan ibadat yang bercampur dengan bid’ah. Kembalilah meneliti dalil-dalil dari hadith dan al-Quran dan bersihkanlah kehidupan kita dan masyarakat dari sampah sarap ini. Ikut dan patuhi Nabi s.a.w.
Muat Turun Atau Baca Online
