Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 45 – “Sesungguhnya Perbuatan-perbuatan Yang Baik Itu Menghapuskan (Dosa) Perbuatan-perbuatan Yang Buruk” (Surah Huud, Ayat 114)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 5m 1s]- MUTIARA AL-QURAN – Perbuatan Baik Akan Menghapuskan (Dosa) Perbuatan Yang Buruk

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/PUxHlJnACHc ]

“SESUNGGUHNYA PERBUATAN-PERBUATAN YANG BAIK ITU MENGHAPUSKAN (DOSA) PERBUATAN-PERBUATAN YANG BURUK” (SURAH HUUD, AYAT 114)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan, yakni, dosa perbuatan-perbuatan yang buruk.
  2. Kita boleh baiki diri kita kerana setiap kebaikan yang kita buat boleh menghapuskan kejahatan; oleh itu sentiasalah berbuat baik.
  3. Banyak faedahnya berbuat baik, antaranya disukai orang dan lain-lain faedah dunia, tapi yang lebih penting dosa kita dihapuskan. Jangan kita sangka kebajikan yang kita buat adalah sia-sia. Contohnya memberi makan kepada orang, selain menghilangkan kelaparan seseorang, ianya mencegah orang tersebut dari melakukan kejahatan yang berpunca dari keadaan lapar.
  4. Banyak sebab kenapa kita perlu membuat kebaikan.
  5. Yang utamanya kita perlu yakin bahawa adanya hari akhirat, tentang adanya balasan baik dan balasan buruk di akhirat nanti. Tanpa kepercayaan kepada hari akhirat, kita tidak ada dorongan untuk membuat kebaikan. Walaupun faedahnya kita tidak perolehi di dalam dunia, kepercayaan kepada hari akhirat akan menjadi inspirasi kepada kita untuk berbuat baik.
  6. Dalam hadith ada disebutkan, kita akan dapati kejahatan yang kita lakukan (yang kita amat malu jika diketahui orang) dipadam dari suratan amalan di akhirat nanti kerana perbuatan-perbuatan baik yang lain.
  7. Kebaikan dan kebajikan adalah amat luas maksudnya. Antaranya, mengajar, menasihati orang lain, bersihkan paku di tengah jalan, mengharapkan kebaikan orang lain, kata-kata yang baik, senyum dsb.
  8. Agama Islam memberi peluang seluas-luasnya untuk kita membuat kebaikan dan kabajikan.

Maksimakan amalan baik, elakkan dari kejahatan dan dosa. Jika terlanjur melakukan dosa, jangan putus asa, kerana kebaikan-kebaikan yang kita lakukan akan menghapuskan dosa tersebut. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment