[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 5m 29s] – MUTIARA AL-QURAN – Orang Yang Berdusta Tetap Hampa Dan Kecewa
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/UU2k6fJPaao ]
“SESUNGGUHNYA ORANG YANG BERDUSTA TETAP HAMPA DAN KECEWA” (SURAH TAHA – AYAT 61)
EKSTRAKS DARI VIDEO
- “Iftara”, antara maksudnya ialah berlaku zalim, mengada-ngadakan dusta atau berbuat sesuatu yang tidak betul (di segi syariat).
- Jangan kita rasa akan selamat jika kita berbuat yang tidak betul.
- Jika kita suka berbohong, lama kelamaan orang akan hilang kepercayaan kepada kita.
- Jika kita suka menipu, akhirnya kita akan gagal juga.
- “Berdusta” boleh bermaksud “berdusta” kepada Allah, kepada Rasul dan manusia lain.
- Berdusta atas nama Allah (amat besar kesalahannya), contohnya, Bani Israel yang mereka-reka ayat suci dan mengatakannya dari Allah. Dengan sebab itu Bani Israel dimurkai Allah.
- Manakala di zaman ini, orang yang menyebarkan hadith maudhu’ (palsu) adalah berdusta atas nama nabi s.a.w.
- Sesiapa yang mereka-reka hadith palsu akan sentiasa rugi atas apa alasan sekalipun, walaupun niatnya baik.
- Jangan buat perkara yang salah (dosa), kita pasti akan rugi di kemudian hari.
- Contohnya, peniaga yang menipu akan kerugian akhirnya jika penipuannya dikesan dan orang memulaukannya.
- Berlaku jujurlah dalam semua keadaan.
- Orang yang zalim dan menganiayai orang lain tidak akan beruntung.
- Ianya meliputi semua perkara yang tidak benar (bukan saja berdusta).
- Jangan aniaya orang lain, berlaku adillah dalam semua keadaan, kerana kitalah yang akan rugi atau menanggung akibatnya.
- Jika kita menganiaya orang lain, Allah akan hukum kita, malah sebelum itupun manusia akan menghukum kita
- Ayat al-Quran ini pada asalnya adalah berkenaan tukang sihir yang melawan Nabi Musa. Asasnya, sesuatu yang palsu akan terdedah kepalsuannya bila berhadapan dengan yang benar.
- Walaupun ianya menceritakan peristiwa di zaman nabi Musa, ayat ini boleh dijadikan sebagai panduan umum. [Salah satu kaedah tafsir ialah, “Yang dikira dalam al-Quran ialah maknanya yang umum”]
- Terapkan panduan ini dalam kehidupan seharian kita tidak kira siapa kita kerana orang yang berjaya ialah orang yang mengikut jalan yang betul, yang bercakap benar, yang berbuat sesuatu yang benar dan betul; jika tidak, suatu hari dia akan menerima akibatnya.
Berlaku adil dan jujurlah dalam setiap keadaan; nescaya kita akan selamat di dunia ini dan di akhirat.
Muat Turun Atau Baca Online
