Mutiara al-Quran untuk Panduan Hidup – 46 – “Dan Apa Yang Kamu Kerjakan Berupa Kebaikan, Nescaya Allah Mengetahuinya” (Surah al-Baqarah, Ayat 197)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 3m 49s] – MUTIARA AL-QURAN -Apa Saja Kebaikan Yang Kamu Kerjakan, Nescaya Allah Mengetahuinya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  https://youtu.be/EGnoBVEVYq0 ]

“DAN APA YANG KAMU KERJAKAN BERUPA KEBAIKAN, NESCAYA ALLAH MENGETAHUINYA” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 197)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. “Bila Allah tahu”, ianya bermaksud, sesuatu amalan baik itu tidak akan sia-sia. Apa-apa kebaikan yang kita lakukan, semuanya Allah tahu.
  2. Allah selalu sebut, bila seseorang membuat kebaikan, Dia akan balas dengan kebaikan.
  3. Tidak mengapa jika kebaikan-kebaikan yang kita buat tidak diketahui orang; malah ianya lebih baik tidak diketahui orang jika amalan tersebut adalah amalan sunat (seperti memberi derma, melakukan solat sunat dsb).
  4. Ingatlah, walaupun orang lain tidak tahu, tetapi Allah tetap tahu.
  5. Adakah kita inginkan pujian manusia dari amalan baik kita? Pujian manusia hanyalah sementara, dan hakikatnya, tidak berguna. Sepatutnya kita mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna dan berguna (iaitu keredhaan Allah). Mengharapkan pujian manusia menyebabkan amalan kita sia-sia.
  6. Setiap kebaikan, kecil atau besar, berharga atau tidak, Allah tahu dan tidak akan sia-sia. Keadaan ini akan menyebabkan kita puas hati dan selesa.
  7. Walaupun begitu ada juga amalan yang baik diketahui orang supaya menjadi contoh dan ikutan. Tetapi jangan sekali-kali mengharapkan pujian atau penghargaan orang terhadap amalan baik kita.
  8. Yang utama ialah mendapat pujian dan penghargaan dari Allah.
  9. Kerana Allah tahu segala-galanya, hendaklah kita benar-benar ikhlas kerana Allah bila melakukan apa-apa amalan.

Hendaklah benar-benar ikhlas kerana Allah bila melakukan apa-apa amalan dan jangan sekali-kali mengharapkan pujian manusia kerana Allah tahu setiap kebaikan yang kita buat. Ianya tidak akan sia-sia.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment