Mutiara al-Quran untuk Panduan Hidup – 48 – “Tiap-tiap Satu Puak Di Antara Mereka Telah Mengetahui Tempat Minumnya Masing-masing” (Surah al-Baqarah, Ayat 60)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 9m 47s] – MUTIARA AL-QURAN-Tiap-tiap Satu Puak Di Antara Mereka Telah Mengetahui Tempat Minumnya Masing-masing

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/kftTcsxdP9E ]

“TIAP-TIAP SATU PUAK DI ANTARA MEREKA TELAH MENGETAHUI TEMPAT MINUMNYA MASING-MASING” (SURAH AL-BAQARAH, AYAT 60)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Ayat al-Quran ini adalah dari kisah Nabi Musa yang memukul batu lalu keluar 12 mata air, untuk 12 kabilah dari kalangan Bani Israil (anak-anak Nabi Yaakub). Setiap kabilah mendapatkan bekalan air dari mata air masing-masing.
  2. Kemudian ayat ini menjadi peribahasa yang bermaksud, “Setiap orang manusia bekerja sesuai dengan tabiat (pembawaan) asal kejadiannya”. Iaitu kecenderungan jiwanya.
  3. Dalam hadith disebutkan, setiap orang dipermudahkan (dengan jalan) kepada tujuan ia dilahirkan.
  4. Kita hendaklah tahu kebolehan dan kelebihan kita dalam bidang apa. Pilihlah kerjaya sesuai dengan kebolehan yang kita miliki. Kita tidak akan berjaya jika memilih jalan yang tidak selari dengan kebolehan kita.
  5. Kita hendaklah tahu potensi dan kebolehan diri kita. Kita hendaklah tahu “tempat minum” kita! Jangan salah memilih kerana kita akan menanggung akibatnya sepanjang hidup.
  6. Pastikan apa kelebihan dan bakat kita dan tumpukan usaha kita di situ. Usaha kita akan dipermudahkan Allah. Contohnya, Imam Shafie, Allah kurniakan kecerdikan yang sesuai dengan bidang ilmu yang diceburinya…dia mungkin tidak sesuai jika menjadi pemerintah!
  7. Jangan paksa anak-anak ikut selera kita tapi hendaklah sesuai dengan kebolehan dan kemampuan mereka.
  8. Manusia ini akan dimudahkan untuk jadi apa yang dia diciptakan. Kita hendaklah tahu “tempat minum” kita! Contohnya, jika kita berbakat dalam bidang perniagaan, tumpukan usaha kita di bidang itu.
  9. Ingatlah kelebihan manusia ini adalah kerana amal soleh dan keikhlasannya. Seseorang itu boleh menyumbang kepada agama dalam bidang masing-masing.
  10. Amat rugi jika kita tersalah pilih bidang. Imam al-Bukhari tidak sasa tubuhnya kerana di bidang ilmu tidak memerlukan fizikal yang gagah! Untuk berjaya, manusia perlu tahu apa kerjaya yang patut ia pilih, (di mana tempat minumnya!).

Kita tahu apa kelebihan kita; kembangkan potensi kita di situ…peluang untuk beramal soleh sentiasa terbuka di mana saja dan di bidang mana pun kita berada.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment