Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 7 – “Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik” (Surah at-Taubah, Ayat 91)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 5m 53s] – MUTIARA AL-QURAN -Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/iSy1oBHKClI ]

“TIDAK ADA JALAN SEDIKITPUN UNTUK MENYALAHKAN ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK”. (SURAH AT-TAUBAH – AYAT 91)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Jika seseorang yang memang dikenal sebagai seorang yang baik, jangan kita ambil kira kegelinciran atau ketelanjura yang sekali sekala berlaku, kerana sememangnya dia ingin jadi baik
  2. Ayat ini pada asalnya menceritakan tentang Sahabat Nabi yang tidak dapat menyertai peperangan kerana kekurangan (keuzuran) seperti cacat, buta, sakit dan seumpamanya. Mereka memang sangat ingin menyertai peperangan dan berbuat baik.
  3. Hendaknya kita jangan mengeji dan mencela mereka kerana mereka memang ingin jadi baik. Tidak ada jalan untuk kita mengatakan yang tidak baik kepada mereka.
  4. Amalkan panduan ini bila berinteraksi dengan mereka yang di sekeliling kita seperti anak-anak, suami, isteri, pelajar dan masyarakat kita. Kita hendaklah menilai mereka berdasarkan sikap dan tingkah laku kebiasaan mereka.
  5. Jangan kita terburu-buru dalam menghukum atas sesuatu kesalahan. Kita hendaklah menilai seseorang berdasarkan sikap kebiasaannya.
  6. Dalam kehidupan bermasyarakat, kita jangan cepat menghukum seperti menuduh munafik dan sebagainya terhadap seseorang. Bersangka baik adalah lebih utama.
  7. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga, kekurangan dan kelemahan yang sekali-sekala berlaku, contohnya masakan isteri yang tidak sedap, tidak patut dibesar-besarkan. Kecuali ianya sikap tidak baik yang menjadi kebiasaannya, perlulah diperbetulkan.
  8. “Al-Muhsiniin” bermaksud seseorang yang pada kebiasaannya adalah baik; cuma sekali sekala, sebagai manusia, dia tersilap dan tergelincir. Kita tidak sepatutnya menghukum di atas kesilapan dan kegeliciran tersebut. Sebagaimana tercatit dalam al-Quran, Allah maafkan orang yang sebegini; kerana bukan niatnya untuk melakukan kesalahan.
  9. Jangan kita cepat untuk mengata atau menuduh tidak baik apabila berlaku ketelanjuran kepada orang yang sedia dimaklumi sebagai orang yang baik. Kecuali seseorang itu memang diketahui berperangai tidak baik, kita hendaklah menegurnya atau mengingatkan orang di sekeliling kita tentang bahaya dan kejahatannya.
  10. Kita hendaklah amalkan paduan ini kepada semua orang di sekeliling kita. Hakikatnya orang yang baik tidak ramai, lebih-lebih lagi orang yang sempurna di semua segi hampir tiada.
  11. Kita kena bertolak ansur dengan orang yang sememangnya ingin jadi baik kerana jika salah pendekatan ianya akan merosakkan orang tersebut.
  12. Jangan halang orang yang ingin jadi baik. Jangan rosakkannya.
  13. Dan terimalah dia dengan baik, walau bagaimanapun keadaannya. Mungkin dia seorang pelacur yang insaf dan ingin berkahwin dan memperbaiki kesalahannya. Berhentilah dari menyebut dan mengungkit kesalahan-kesahatan yang lampau.
  14. Ingatlah, perkara begini (kesalahan, kejahatan, kegelinciran) boleh berlaku kepada sesiapapun termasuk kita.
  15. Jika seseorang ingin jadi baik, kita hendaklah menghormati dan meraikannya, dalam apa keadaan sekalipun, terutamanya orang yang baru insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Jika tidak kita akan merosakkanya.
Abaikan kesilapan dan kegelinciran yang berlaku sekali-sekala pada sahabat kita yang kita kenali sebagai orang yang baik. Lupakan kesilapan-kesilapan lampau mereka yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Semoga semua kita jadi orang yang baik.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment