Mutiara Al-Quran Untuk Panduan Hidup – 8 – Dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) – (Surah al-An’am, Ayat 164)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi- 7m 36s] – MUTIARA AL-QURAN – Seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube  – https://youtu.be/-82xU791g9U ]

DAN SESEORANG YANG BOLEH MEMIKUL TIDAK AKAN MEMIKUL DOSA PERBUATAN ORANG LAIN (BAHKAN DOSA USAHANYA SAHAJA)” (SURAH AL-AN’AM, AYAT 164)

EKSTRAKS DARI VIDEO

  1. Ungkapan “Wizri” dalam ayat al-Quran ini bermaksud “bebanan” atau “tanggungan” iaitu dosa.
  2. Orang mukmin, jika dia berdosa, dia akan rasa berat (dalam jiwanya) seperti memikul beban atau tanggungan yang berat.
  3. Adalah peraturan Allah (sunnatullah) bahawa Dia tidak akan menghukum seseorang kecuali yang bersalah sahaja; mereka yang tidak bersalah tidak akan dihukum.
  4. Jangan kita hukum seseorang untuk kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya, jika ayah yang bersalah jangan marah atau benci kepada anaknya. Juga, jangan hamburkan kemarahan kita ke atas orang yang tidak ada kena mengena dengan kesalahan yang dilakukan.
  5. Hendaklah hukum hanya orang yang bersalah kecuali orang lain tersebut adalah penyebab atau ada kaitan dengan kesalahan tersebut.
  6. Sebagaimana seseorang akan dapat pahala sekiranya dia jadi penyebab orang lain dapat pahala, begitu jugalah orang yang menjadi penyebab seseorang dapat dosa juga akan mendapat dosa. Orang yang tiada kaitan tidak mendapat pahala atau dosa dan tidak sepatutnya dilibatkan atau dihukum.
  7. Ini adalah “dasar keadilan dalam Islam” iaitu hanya orang yang bersalah sahaja yang dihukum.
  8. Dari kisah Nabi Yusuf, hanya adiknya yang ditangkap kerana “mencuri” yang perlu dihukum. Walaupun abang-abangnya menawarkan diri untuk dihukum menggantikan adiknya, Nabi Yusuf telah menolaknya.
  9. Sebaliknya dari kisah Fir’aun, dia menghukum bunuh semua bayi lelaki yang lahir walaupun hanya seorang anak lelaki sahaja yang akan menjatuhkan kerajaannya.
  10. Adalah menjadi prinsip keadilan dalam Islam bahawa hanya orang yang bersalah sahaja yang dihukum; jangan libatkan atau hukum orang lain yang tidak ada kaitan.
  11. Jangan bawa masalah keluarga ke tempat kerja dan sebagainya kerana ianya akan mencelarukan keadaan.
Jangan hukum orang yang tidak bersalah. Juga pastikan kita tidak menjadi penyebab seseorang melakukan dosa.

Muat Turun Atau Baca Online

E-BOOK – Koleksi Mutiara al-Quran Untuk Panduan Hidup

Leave a comment