[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]
VIDEO – [Durasi – 1j 53m 58s] – Sesi 12 – Surah al-Baqarah (Ayat 34-36) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/s9Gl7YN_-Gs ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
01- 00:00:14 : Surah al-Baqarah Ayat 33 – Allah pun berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepadamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”
02- 00:03:30 : Antara Sebab Kelayakan Manusia Sebagai Khalifah di Muka Bumi
03- 00:10:29 : Surah al-Baqarah Ayat 34, Maksud Tunduk (Sujud) dan Beri Hormatlah Kamu kepada Adam a.s.
04- 00:28:35 : Iblis di Antara Yang Allah Perintahkan Supaya Sujud Kepada Adam a.s
05- 00:31:20 : Iblis bukan termasuk dalam kalangan Malaikat
06- 00:43:00 : Alasan Iblis Tidak Sujud kepada Adam a.s.
07- 00:54:00 : Surah al-Baqarah Ayat 35-36
08- 00:56:40 : Dimanakah Syurga Tempat Tinggal Adam dan Hawwa’?
09- 01:29:25 : Syaitan Menggelincirkan Adam a.s. dan Isterinya ( Hawwa’ ) dari Syurga
10- 01:16:32 – Perkataan اهبطوا (turunlah kamu) dan اهبطا (turunlah kamu berdua)
11- 01:24:37 – Semua perkataan syurga yang merupakan tempat tinggal Adam dan Hawwa’ dahulu disebut Allah dengan lafaz “Ma’rifah” (الجنة)
12- 01:39:30 : Permusuhan Antara Anak Cucu Adam a.s.
13- 01:50:56 : Allah sentiasa mengingatkan Adam dan anak cucunya supaya berhati-hati dengan syaitan-syaitan.
AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِـَٔادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٣٤
34. Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
وَقُلْنَا يَـٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٣٥
35. Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”.
فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيْطَـٰنُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۭ ۖ وَلَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّۭ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍۢ ٣٦
36. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN – Surah al-Baqarah (Ayat 23-34)
NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN – Surah al-Baqarah (Ayat 35-52)
