[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]
VIDEO – [Durasi – 1j 37m 21s] – Sesi 13 – Surah al-Baqarah (Ayat 37-40) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/uMFc0PVd-0w ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:00:35 : Surah al-Baqarah Ayat 37-40
2- 00:03:30 : Apa yang dimaksudkan dengan “Kalimatullah”?; Allah s.w.t. maha menerima taubat
3- 00:40:30 : “Turunlah kamu semua dari syurga”
4- 00:56:56 : Ayat 39 – Bermaksud: “Orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (pula), mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”.
5- 00:57:00 : Mereka yang tidak mengikut petunjuk merekalah penghuni neraka
6- 01:07:20 : Ayat 40 – “Wahai Bani Israil, kenangilah ni’mat-Ku yang telah Aku kumiakan kepadamu, penuhilah janjimu kepadaKu, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan takutlah kepada-Ku sahaja”
7- 01:10:36 : “Israil” adalah nama gelaran bagi Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s.
8- 01:25:26 : Ayat 40 – “Kenangilah ni’mat-Ku yang telah Aku kurniakan kepadamu”.
AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA
فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَـٰتٍۢ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ٣٧
37. Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
قُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ مِنْهَا جَمِيعًۭا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًۭى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ٣٨
38. Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَصْحَـٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٣٩
39. Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِىٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّـٰىَ فَٱرْهَبُونِ ٤٠
40. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN – Surah al-Baqarah (Ayat 35-52)
