Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran – Sesi 14 – Surah al-Baqarah (ayat 40 hingga 42)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]

VIDEO – [Durasi – 1j 15m 16s] – Sesi 14 – Surah al-Baqarah (Ayat 40 – 42) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/d5HXxb5XzFI ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:15 : Surah al-Baqarah Ayat 40-42

2- 03:53 : “Israil” adalah nama gelaran bagi Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Ertinya sama dengan ‘Abdullah (hamba Allah)

3- 19:09 : Nikmat-Nikmat yang Allah berikan kepada Bani Israil

4- 39:00 : Perjanjian Bani Israil dengan Allah s.w.t.

NOTA – RALAT dari minit 45:12 – Sila terus ke minit 49:26

5- 57:45 : Antara peranan al-Quran ialah memperbetulkan kitab-kitab terdahulu

6- 01:05:08 – Ayat 41 – “Dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayatKu dengan harga yang rendah”

7- 01:07:45 – Nota 93 – Maksudnya ialah janganlah kamu mengambil sesuatu daripada harta benda dunia dengan menyembunyikan ajaran-ajaran yang benar, biar bagaimana banyak sekalipun harta benda dunia itu, ia hanya sedikit di sisi Allah

AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA 

يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِىٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّـٰىَ فَٱرْهَبُونِ ٤٠

40. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

وَءَامِنُوا۟ بِمَآ أَنزَلْتُ مُصَدِّقًۭا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوٓا۟ أَوَّلَ كَافِرٍۭ بِهِۦ ۖ وَلَا تَشْتَرُوا۟ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنًۭا قَلِيلًۭا وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ ٤١

41. Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

وَلَا تَلْبِسُوا۟ ٱلْحَقَّ بِٱلْبَـٰطِلِ وَتَكْتُمُوا۟ ٱلْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ٤٢

42. Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN –   Surah al-Baqarah (Ayat 35-52) 

Leave a comment