[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]
VIDEO – [Durasi – 1j 32m 40s] -Sesi 16 – Surah al-Baqarah (Ayat 46 – 52) – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ZPx4Hq7N11E ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:00:50 : Surah al-Baqarah Ayat 46-52
2- 01:27 – Ayat 47 – Bermaksud: “Wahai Bani Israil, kenangilah nikmat-Ku yang telah Aku kurniakan kepadamu”
3- 00:05:58 : Nikmat yang Allah kurniakan kepada Bani Israil
4- 00:09:25 : “Kerajaan” sebagai satu nikmat bagi Bani Israil
5- 19:45 – Ayat 48 – “Dan peliharalah dirimu dan (azab sengsara) hari (akhirat), yang seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), tidak diterima syafaat daripadanya”.
6- 00:19:40 : Ancaman, peliharalah diri kamu dari azab sengsara neraka
7- 00:27:10 : Tidak ada syafaat bagi orang-orang kafir
8- 00:57:50 : Nikmat bagi Bani Israil ialah diselamatkan dari kezaliman Fira’un
9- 01:02:11 : Untuk apa Allah s.w.t. menguji Bani Israil?
10 – 01:08:42 – Ayat 50 – “Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu”
11- 01:16:41 – Ayat 50 – “Dan Kami tenggelamkan (Fir’aun) dan kuncu-kuncunya sedang kamu sendiri menyaksikan (peristiwa itu)”
12- 01:08:00 : Nikmat bagi Bani Israil iaitu dapat melihat laut terbelah
13- 01:25:40 : Bani Israil (yang sesat) menyembah anak lembu
AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA
ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُوا۟ رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ ٤٦
46. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
يَـٰبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ عَلَى ٱلْعَـٰلَمِينَ ٤٧
47. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).
وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًۭا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍۢ شَيْـًۭٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَـٰعَةٌۭ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌۭ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ٤٨
48. Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
وَإِذْ نَجَّيْنَـٰكُم مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَآءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَآءَكُمْ ۚ وَفِى ذَٰلِكُم بَلَآءٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌۭ ٤٩
49. Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ ٱلْبَحْرَ فَأَنجَيْنَـٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ٥٠
50. Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
وَإِذْ وَٰعَدْنَا مُوسَىٰٓ أَرْبَعِينَ لَيْلَةًۭ ثُمَّ ٱتَّخَذْتُمُ ٱلْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِهِۦ وَأَنتُمْ ظَـٰلِمُونَ ٥١
51. Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
ثُمَّ عَفَوْنَا عَنكُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ٥٢
52. Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN – Surah al-Baqarah (Ayat 35-52)
