[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]
VIDEO – [Durasi – 1j 26m 58s] -Sesi 17 – Surah al-Baqarah (Ayat 53 – 56) – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/GOanCuL7VDo ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:00:15 : Surah al-Baqarah Ayat 53-56
2- 00:02:40 : Kitab yang diberi kepada Nabi Musa a.s. dan tujuannya
3- 26:30 – Ayat 54 – “Dan (kenangilah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana perbuatanmu menyembah patung anak lembu itu”
4- 00:35:25 : Daripada apa patung lembu dibuat?
5- 00:48:58 : Cara bertaubat orang-orang Bani Israil (Bunuhlah sendiri orang-orang yang bersalah dari kamu)
6- 54:45 (*Sambungan Ayat 54) – ….Tindakan itu lebih baik kepadamu di sisi Allah Pencipta kamu. Lalu Allah menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”
7- 1:00:50 – Ayat 55
8- 01:04:55 : Ahli Kitab suka mancabar nabi-nabi mereka
9- 1:11:31 – Ayat 56
10- 01:21:00 : Beberapa peristiwa orang yang mati hidup semula selepas mati
AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA
وَإِذْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْفُرْقَانَ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ٥٣
53. Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ يَـٰقَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِٱتِّخَاذِكُمُ ٱلْعِجْلَ فَتُوبُوٓا۟ إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَٱقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ٥٤
54. Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.
وَإِذْ قُلْتُمْ يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهْرَةًۭ فَأَخَذَتْكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ٥٥
55. Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
ثُمَّ بَعَثْنَـٰكُم مِّنۢ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ٥٦
56. Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN – Surah al-Baqarah (Ayat 53-64)
