[Muat Turun Artikel – Format PDF]
[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]
VIDEO – [Durasi – 1j 30m 37s] – Sesi 9 – Surah al-Baqarah (Ayat 23-26) – Maulana Asri – [Tafsir Al-Quran Dengan Al-Quran]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RUVIIqYphg8 ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:00:40 : Surah al-Baqarah ayat 23-27
2- 05:41 Ayat 23 – “Dan jika kamu masih dalam keraguan tentang Al-Qur’an yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami”
3- 00:05:40 : “Dan jika kamu masih dalam keraguan tentang Al-Quran yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami”
4- 19:09 Ayat 23 – “Maka bawalah satu surah yang sebanding”
5- 00:23:00 : Antara hikmah Al-Quran, mukjizat Al-Quran
6- 25:12 Ayat 23 – “Dan panggillah saksi-saksi kamu selain dari Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar”
7- 00:30:00 : Antara ayat “Tahaddi” ( iaitu ayat Allah s.w.t. mencabar manusia )
8- 40:25 Ayat 24 – “Jika kamu tidak dapat membuat(nya) – dan tentu kamu tidak akan dapat membuat(nya) – maka peliharalah dirimu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu;”
9- 00:43:50 : Apakah bahan bakar api neraka?
10- 00:55:20 : Berita gembira bagi orang mukmin iaitu gambaran syurga – (Ayat 25 – “Bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya”) – 01:02:47 Ayat 25 – Mereka diberi buah-buahan yang serupa (pada zahirnya dengan buah-buahan di dunia)
11- 01:15:25 : Allah s.w.t. buat perbandingan-perbandingan dengan apa sahaja supaya manusia berfikir (Ayat 26 – Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perbandingan dengan apa sahaia, dengan nyamuk atau dengan (serangga dan lain-lain) yang lebih kecil darinya. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahawa perbandingan itu adalah benar dari Tuhan mereka)
AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA
وَإِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍۢ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍۢ مِّن مِّثْلِهِۦ وَٱدْعُوا۟ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ ٢٣
23. Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟ فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَـٰفِرِينَ ٢٤
24. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.
وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا۟ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍۢ رِّزْقًۭا ۙ قَالُوا۟ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا۟ بِهِۦ مُتَشَـٰبِهًۭا ۖ وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوَٰجٌۭ مُّطَهَّرَةٌۭ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٢٥
25. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
۞ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًۭا مَّا بَعُوضَةًۭ فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَـٰذَا مَثَلًۭا ۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًۭا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًۭا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَـٰسِقِينَ ٢٦
26. Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN – Surah al-Baqarah (Ayat 23-34)
