Usul Tafsir al-Quran – Sesi 20 – (SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

VIDEO – [Durasi 1j 40m 34s] – Sesi 20 – Usul No 8 -Memahami Al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Nz2UZOM7Cv4 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:15 : Ayat Tentang Kehidupan Kekeluargaan Dan Peranan Wanita

02- 00:12:58 : Ayat Tentang Menjaga Diri Dan Keluarga Dari Api Neraka

03- 00:21:13 : Isteri-isteri Nabi-nabi a.s

04- 00:27:56 : Ayat Tentang Kewarganegaraan Wanita Dan Peranannya Dalam Pengintipan

05- 00:29:03 : Ayat Tentang Cerita Seorang Ahli Badar Membocorkan Rahsia

06- 00:37:00 : Ayat Tentang Layanan Kerajaan Islam Terhadap Orang-orang Kafir

07- 00:42:32 : Nabi s.a.w Buat Perjanjian Bai’ah Dengan Wanita

08- 00:43:24 : Ayat Tentang Hak-hak Allah, Rasul Dan Orang-orang Islam

09- 00:44:27 : Ayat Tentang Jihad Dengan Orang-orang Musyrikin, Jihad Dengan Ahli Kitab Yahudi Dan Nasara

10- 00:46:04 : Ayat Tentang Orang-orang Yang Tidak Percaya Kepada Nabi Muhammad s.a.w Sebagai Nabi Terakhir Adalah Ahli Neraka

11- 00:47:20 : Ayat Tentang Pemberitahuan Tentang Kewafatan Nabi s.a.w

12- 00:50:00 : Usul Yang Kesembilan Iaitu Memahami Al-Quran Berdasarkan Tartib al-Quran Yang Ada

13- 01:33:37 : Adakah Perlu Berpuasa Atau Berbuka Jika Berperang Dalam Bulan Ramadhan?

14- 01:36:07 : “Bismillah” Pada Setiap Surah Itu Adalah “Taukifi” Tetapi Khilaf Sama Ada Ianya Sebahagian Dari Surah

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

(SAMBUNGAN) Usul ke 8 – Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.

Bab: Surah Yang Diturunkan DI Madinah

NOTA KULIAH

(20) Nama surah: Surah at-Tahrim

Zaman turun: Tahun ke 8 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Kehidupan kekeluargaan dan peranan wanita.

(21) Nama surah: Surah al-Mumtahanah

Zaman turun: Tahun ke 8 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Kewarganegaraan wanita dan peranannya dalam pengintipan.

(22) Nama surah: Surah al-Hujurat

Zaman turun: Tahun ke 9 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Hak-hak Allah, Rasul dan orang-orang Islam

(23) Nama surah: surah at-Taubah

Zaman turun: Pada bulan Rajab tahun ke 9. Sama ada sebelum atau selepas perang Tabuk

Isi kandungan utamanya: Jihad dengan orang-orang musyrikin, Yahudi dan Nashara

(24) Nama surah: Surah al-Baiyyinah

Zaman turun: Tahun ke 10 Hijrah

Isi kandungan utamanya: Orang-orang yang tidak percaya kepada nabi Muhammad sebagai nabi terakhir adalah ahli neraka

(25) Nama surah: Surah al-Nashr

Zaman turun: Pada bulan Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah di Mina

Isi kandungan utamanya: Pemberitahuan tentang kewafatan Baginda s.a.w Rasulullah s.a.w wafat pada bulan Rabi’ul Awwal tahun ke 11 hijrah.

—————————————————————————————————————————————————————————————————————-

USUL KESEMBILAN – MEMAHAMI AL-QURAN BERDASARKAN TERTIB AL-QURAN YANG ADA

Usul kesembilan ialah memahami al-Quran berdasarkan tertib al-Quran yang ada di dalam Mushaf atau dalam bentuk sebuah buku di tangan umat Islam hari ini. Di bawah usul kelapan telah pun dipaparkan bahawa mula-mula sekali lima ayat di permulaan Surah al-‘Alaq diturunkan. Kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muddattsir, kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muzzammil dan seterusnya. Pendek kata tertib turun al-Quran tidak sama dengan tertib al-Quran yang ada di dalam Mushaf hari ini. Kenapa berlaku begitu? Kenapa tidak dipakai saja susunan al-Quran menurut tertib turunnya? Apakah rahsia di sebalik ketidaksamaan dua tertib tersebut?

Anda akan mendapat jawapannya setelah memahami dengan baik beberapa perkara di bawah ini:

a) Tertib Tauqifi

Tertib al-Quran seperti yang ada pada hari ini adalah tertib yang diterima para sahabat dari Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. pula menerimanya dari Jibril dan Jibril pula menerimanya dari Allah s.w.t. Tertib sebegini dinamakan Tertib Tauqifi kerana pada hakikatnya ia bukan hasil ijtihad manusia. Justeru ia adalah suatu yang dikehendaki Allah dan direstuiNya. Menurut tertib inilah al-Quran itu dihafal oleh para huffaaz dan qurra’ semenjak zaman Sahabat, Tab’i, Tab’i at-Tabi’in dan generasi-generasi yang datang kemudian hingga ke hari ini. Di sebalik tertib tauqifi ini juga tersimpan banyak sekali hikmat al-Quran sebagai kalam Allah s.w.t. Oleh itu ia perlu diteliti dan dikaji.

b) Jalinan dan paduan yang cukup indah di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah

Surah al-Fatihah adalah Makkiyyah. Ia disusuli empat surah Madaniyyah, iaitu al-Baqarah, Aali `Imraan, an-Nisaa’ dan al-Maa’idah. Empat surah Madaniyyah ini diikuti pula oleh dua surah Makkiyyah, iaitu al-An’aam dan al-A’Raaf. Selepas itu berturutan pula dua surah Madaniyyah, iaitu al-Anfaal dan at-Taubah. Demikianlah berterusan jalinan dan paduan yang penuh ma’na di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah.

c) Nama-Nama Surah

Tiga perkara penting perlu diingat berkenaan dengan nama-nama surah.

i) Sebahagian besar nama-nama surah adalah tauqifi. Bagaimanapun tidak semuanya betul-betul tsabit (terbukti) diterima daripada Rasulullah s.a.w.

ii) Banyak daripada nama-nama surah tidak tauqifi. Ia diletakkan oleh para ulama berdasarkan ijtihad mereka.

iii) Sesetengah surah mempunyai beberapa nama. Seperti Surah ad-Dahr. Nama keduanya ialah al-Insaan. Surah Muhammad. Nama keduanyaialah al-Qitaal.

d)   Surah-Surah, Juzu’-juzu’ dan Ruku’-ruku’.

i)  Di dalam al-Quran ada 114 Surah semuanya.  Pembahagian Surah-Surah kepada 114 adalah berdasarkan wahyu dan ia adalah suatu yang tauqifi.  Ia bukan hasil ijtihad sesiapa. Berdasarkan pembahagian inilah al-Qur’an itu seharusnya difahami. Pemahaman al-Qur’an berdasarkan pembahagiannya kepada juzu’-juzu’ merupakan usaha sia-sia.

ii)  Pembahagian  al-Qur’an kepada 30 juzu’ bukan tauqifi. Ia adalah hasil ijtihad para ulama yang datang kemuadian. Sesetengah ulama berpendapat, ia bermula semenjak zaman Saiyidina Utsman lagi. Ia tidak sedikit pun membantu anda memahami al-Qur’an. Pembahagian al-Qur’an kepada 30 juzu itu hanyalah pembahagian kuntitatif semata-mata.

iii) Pembahagian al-Qur’an kepada ruku-ruku juga bukan tauqifi. Ia seperti pembahagian kepada juzu’-juzu’ merupakan hasil ijtihad para ulama. Tujuannya lebih tertumpu kepada penentuan kuantiti. Walau bagaimanapun, pada banyak tempat, kesesuaian topik juga ada diambil kira.  

Di bawah ini dikemukan carta pembahagian al-Qur’an kepada Surah-surah menurut tertib Mushaf yang ada di kalangan umat manusia hari ini di samping pembahagiannya kepada juzu-juzu’, ruku’ruku’ dan lain-lain.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 20 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 8

Leave a comment