Usul Tafsir al-Quran – Sesi 25 – USUL No 12 – Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat-Ayat Al-Quran.

VIDEO – [Durasi 1j 14m 30s] – Sesi 25 -Usul No 12 -Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/T4HgZLc7Rxg ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:26 : Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Al-Quran

02- 00:00:55 : Kaedah Mengesan Struktur Mikro Ayat-ayat Al-Quran

03- 00:05:50 : Perlu Ambil Perhatian, “An-Nazmul Khafif”

04- 00:13:30 : Membandingkan Sesuatu Dengan Sesuatu Yang Lain, (Struktur Mikro Ayat Al-Quran Tentang Harta Rampasan

05- 00:31:08 : Kejadian Manusia

06- 00:38:20 : Cerita Qabil Dan Habil

07- 00:47:10 : Orang-orang Yahudi Berkhianat Dalam Urusan Agama

08- 00:52:08 : Pecahan “Tanzir” Iaitu “Tasyabuhul Atraf” (Nampak Sesuatu Itu Sama Tetapi Hakikatnya Tidak Sama) Tentang Matahari Dan Bulan, Dan Tumbuh-tumbuhan Yang Tidak Berbatang Dan Pokok-pokok Bergerak Mengikut Ketentuan Allah

09- 00:59:06 : Sifat Allah s.w.t

10- 01:03:51 : Allah Maha Kaya Dan Maha Terpuji

11- 01:06:00 : Allah Maha Perkasa

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

USUL 12 – Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat-Ayat Al-Quran.

KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

Adalah tidak sukar mengesan perhubungan dan perkaitan di antara satu perkataan dengan perkataan lain atau satu ayat dengan ayat yang lain jika kedua-duanya mempunyai perhubungan dan perkaitan yang nyata. Seperti perhubungan `athaf, ta’kid, tafsir, badal, i’tiraadh, sifat, hal dan lain-lain yang dapat dipastikan dengan penguasaan ilmu Nahu.

Akan tetapi sukar sekali mengesan perhubungan di antara dua perkataan atau dua ayat yang pada zahirnya tidak menampakkan ada sebarang perkaitan di antara keduanya. Kerana kedua-duanya kelihatan seperti sesuatu yang berasingan dan berdiri sendiri. Dalam keadaan ini pun para ulama tafsir yang bijaksana masih nampak lagi perkaitannya berpandukan qarinah-qarinah dan bukti-bukti di sudut makna dan ertinya yang saling berpautan. Sebenarnya dalam situasi ini pun para ulama tafsir tetap menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mengesan struktur mikronya. Antara kaedah yang sering digunakan untuk mengesan struktur mikro ayat-ayat al-Quran yang di luar daripada skop ilmu Nahu ialah:

(a) “At-Tandzir” iaitu membandingkan sesuatu (keadaan dan lain-lain) dengan sesuatu (keadaan dan lain-lain) yang lain kerana ada sudut keserupaannya. Antara contoh at-Tandzir di dalam al-Quran ialah firman Allah berikut: —rujuk video— (an-Anfaal:5), selepas firmanNya: —rujuk video—. Allah s.w.t. telah memerintahkan RasulNya supaya melaksanakan perintahNya berhubung dengan harta rampasan perang, walaupun ia kurang disenangi para sahabat.. Keadaannya sama seperti ketika rasulullah s.a.w melaksanakan perintah Allah agar keluar dari rumah untuk berperang. Ia juga kurang disenangi sesetengah sahabat. Namun bukankah telah terbukti kekuatan Islam, pertolongan Allah dan kemenangan dengan keluarnya mereka berperang? Pembahagian harta rampasan perang juga begitu. Maka seharusnyalah mereka taat dan tidak menurut kehendak hati sendiri.

Perhatikanlah ayat-ayat berkenaan di permulaan Surah al-Anfaal bersama terjemahannya secara lengkap di bawah ini:

Bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: Harta rampasan perang itu (terserah) kepada Allah dan kepada RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasuNaya, jika betul kamu orang-orang yang beriman (1) Sesungguhnya orang-orang yang beiman itu (yang sempurna imannya) ialah orang-orang yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnNya gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya), dan kepada Tuhan jualah mereka berserah. (2) Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (3) Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendpat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga) (4) Sebagaimana (harta rampasan perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran juga, sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu (sebenarnya) tidak suka (turut berjuang) (5) Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya), (6) Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekuatan sejatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir. (7) Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kafir dan syirik) sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. (8) (al-Anfaal: 1 – 8).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 25 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 12 

Leave a comment