Usul Tafsir al-Quran – Sesi 33 – USUL No 12 – Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat-Ayat Al-Quran

VIDEO – [Durasi 1j 37m 33s] – Sesi 33- Usul No 12 – Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/EX0eADc-FWg ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:28 : “Ijaz” Ialah Penggunaan Bahasa Ringkas, Tetapi Penuh Arti, Semakin Direnung Semakin Banyak Pula Hasil Yang Akan Diperolehi Daripadanya

02- 00:02:49 : Mencari dan Mengesan Struktur Mikro Di Dalam Ayat Quran

03- 00:05:05 : Orang Yahudi Dan Nasrani Tidak Akan Berpuas Hati Dengan Islam

04- 00:10:52 : Tentang Puasa

05- 00:17:06 : Tanggungjawab Seseorang

06- 00:25:45 : Hari Kebangkitan Selepas Mati

07- 00:28:42 : Jaga Penglihatan Dari Apa Yang Diharamkan Oleh Allah

08- 00:38:22 : Teguran Nabi Musa a.s Terhadap Khadir

09- 00:52:58 : Kaedah Tafsir “Ba’dal Ijmal” Iaitu Perincian Tentang Sesuatu Setelah Ia Disebut Secara Umum Dan Secara Borong

10- 00:55:43 : Orang Musyrikin Meminta Supaya Al-Quran Turun Secara Keseluruhan, Dalam Bentuk Satu Buku

11- 00:59:20 : Penuhilah Janji-janji Allah Dan Orang Yang Terpaksa

12- 01:08:32 : Arak Dan Judi

13- 01:11:49 : Mukmin Sebenar Adalah Orang Yang Paling Beruntung

14- 01:16:54 : Manusia Sangat Kuat Kekufurannya Tanpa Menyedari Asal Usul Kejadiannya

15- 01:20:09 : Jalan Yang Lurus

16- 01:21:47 : Kurniaan Allah Terhadap Hambanya

17- 01:25:20 : Kisah Ashabul Kahfi

18- 01:27:34 : Hari Kiamat Akan Berlaku Dan Hukuman Terhadap Orang Yang Mendustakan Utusannya

19- 01:31:40 : Allah s.w.t Akan Menghukum Golongan-golongan Tertentu Akan Azab Yang Pedih Lagi Teruk

 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

USUL KE 12 – MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

(k) Iijaaz ialah penggunaan bahasa ringkas tetapi penuh erti. Semakin direnung semakin banyak pula hasil yang akan diperolehi daripadanya.

(l) Tafshil ba’da al-Ijmaal ialah perincian tentang sesuatu setelah ia disebut secara umum dan borong. Asas bagi kaedah ini terdapat di dalam al-Quran sendiri. Allah berfirman:

Bermaksud: “Alif, Laam, Raa’. (Al-Quran ialah) Sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu, (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya” (Huud: 1).

Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

Bermaksud: “Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik). Kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata “(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)” ( an-Nisaa’: 153)

Secara borong Allah menceritakan terlebih dahulu: “Mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu”. Kemudian Allah menceritakan pula secara terperinci apa yang diminta mereka kepada Musa, iaitu “perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata”. Apa yang diceritakan oleh Allah secara terperinci setelah menceritakan tentangnya secara borong itu dinamakan `Tafshil ba’da al-Ijmaal’.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 33 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 12 

Leave a comment