VIDEO – [Durasi 59m 42s] – Sesi 34- Usul No 13 – Keperluan Mengetahui Kata Kunci Setiap Surah
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-C-3uirr4_Y ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
01- 00:00:33 : Keperluan Mengetahui Kata Kunci Setiap Surah
02- 00:11:41 : Beberapa Kata Kunci Surah
03- 00:11:50 : Kata Kunci Bagi Surah Al-Kahfi
04- 00:14:20 : Kata Kunci Bagi Surah Ar-Rahman
05- 00:24:06 : DI Antara Kata Kunci Bagi Surah Al-Kahfi Iaitu Perkataan “Ziina”, “Al-Haatid Dunya” Dan “Wali/Awliyak/Walayah”
06- 00:38:16 : Kesimpulan Dalam Surah Al-Kahfi
07- 00:40:40 : Ujian Dalam Keimanan
08- 00:45:34 : Ujian Dalam Bentuk Harta Benda
09- 00:47:33 : Ujian Terhadap Ahli Ilmu Dan Sedikit Cerita Tentang Nabi Musa a.s Dengan Khadir
10- 00:50:24 : Ujian Dalam Pemerintahan (Kuasa)
11- 00:52:34 : Perkataan “Sabil” Adalah Kata Kunci Bagi Surah Ad-Dahr (Surah Al-Insan)
12- 01:02:44 : Minum Arak Dalam Syurga
13- 01:14:12 : Antara Kata-kata Kunci Bagi Surah-surah
NOTA RINGKAS
USUL TAFSIR AL-QURAN
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran
(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)
USUL KE 13 – KEPERLUAN MENGETAHUI KATA KUNCI SETIAP SURAH
(13) Keperluan Mengetahui Kata Kunci Setiap Surah
Salah satu usul untuk memahami al-Quran ialah mengetahui kata kunci setiap Surah. Di dalam setiap Surah pasti ada beberapa kata kuncinya. Mengetahui kata-kata kunci itu sangat penting dan sangat membantu dalam memahami mesej utama sesuatu Surah. Penuntut ilmu al-Quran mestilah merenunginya, lalu berusaha menentukan maksud dan tujuan Surah berpandu kata-kata kunci itu. Ia mungkin hanya satu perkataan sahaja. Mungkin juga beberapa perkataan atau mungkin juga berupa rangkai kata.
Anda dengan sendiri dapat memutuskan apabila melihat suatu ruang di dalam sesebuah rumah yang teratur rapi dengan sofa, meja kopi di hadapannya, meja sisi di sebelahnya, permaidani besar yang terhampar dan sebagainya, bahawa ia adalah ruang tamunya. Ruang makan akan dapat dipastikan oleh anda apabila melihat meja makan dengan makanan-makanan yang tersaji di atasnya. Demikian juga dengan bilik tidur, anda dengan mudah dapat memastikannya apabila melihat ada katil dengan tilam, bantal, selimut dan cadar yang tersedia di atasnya. Ditambah pula dengan meja katil dan almari hias di sampingnya.
Begitulah juga dengan Surah-surah di dalam al-Quran. Ada beberapa lafaz atau perkataan yang amat relevan dengannya. Perkataan-perkataan itu sangat membantu penuntut ilmu al-Quran dalam mendapatkan mesej utama Surah.
Beberapa Contohnya Kata Kunci Surah:
a) Perkataan “ziinah’ adalah kata kunci bagi Surah al-Kahfi. Ia disebut sebanyak tiga kali di dalamnya.
b) Rangkai kata “zal jalaliwal ikraam” adalah kata kunci bagi Surah ar-Rahman. Ia disebut dua kali di dalamnya. Rangkai kata ini tidak terdapat di dalam mana-mana Surah yang lain.
c) Perkataan “ Sabiila” adalah kata kunci bagi Surah ad-Dahr. Ia disebut dua kali di dalamnya. Satu di awalnya dan satu lagi diakhirnya.
d) Rangkai kata “ ‘Alaa fil ardh” yang tersebut di awal Surah al-Qashash dan “ ‘Alaa fil ardh” yang tersebut di akhirnya adalah kata kunci bagi Surah berkenaan.
e) Perkataan “kazzaba, kazzabu” dan sebagainya yang tersebut di dalam Surah al-Qamar merupakan kata kuncinya.
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA USUL TAFIR – SESI 34 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 13
