Usul Tafsir al-Quran – Sesi 37 – (Sambungan) USUL KE 14 – Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran

VIDEO – [Durasi 1j 09m 28s] – Sesi 37- Usul No14 -Kesinambungan Dalil & Madlul Pada Sumpah-Allah Dalam Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ymhdrsTT6vs ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:05 : Apa Yang Dimaksudkan “Muqsam Bihi”, Yang Digunakan Dengan Perkataan “Rabb”

2- 00:11:30 : Adanya Sifat Allah “Rabb” Adalah Dalil Adanya Hari Kiamat

3- 00:22:22 : Sifat Rububiyyah Allah Iaitu Sesuatu Yang Dijanjikan Adalah Benar

4- 00:27:54 : Kekuasaan Allah s.w.t Tidak Ada Penghujung

5- 00:32:04 : Dalil Untuk Menyatakan Kesempurnaan Allah s.w.t

6- 00:38:04 : Sifat Allah Yang Menunjukkan Adanya Hari Akhirat

7- 00:43:05 : Tidak Sempurna Iman Bagi Orang Yang Tidak Menerima Hukum Islam

8- 00:46:27 : Sifat Rububiyyah Allah s.w.t

9- 00:51:56 : Perkataan “Allah” Digunakan Sebagai Muksam Bihi Bersama-sama Huruf Ta Sebagai Adat Qasamnya

10- 00:55:47 : Sifat Uluhiyah, Rububiyyah, Asma’ Wassifat

11- 01:00:53 : Allah s.w.t Bersumpah Dengan Makhluk-makhluk Kejadiannya Di Alam Semesta

NOTA RINGKAS

{Sambungan} USUL 14 –

TEMPAT-TEMPAT DI MANA ALLAH MENJADIKAN ZATNYA (DIRINYA SENDIRI) SEBAGAI MUQSAM BIHI

Pada semua tempat yg Allah jadikan zat (diriNya sendiri) sebagai muqsam bihi, digunakan prkataan رب (Tuhan). Ia terletak pada 8 tempat. Pada tiga tempat daripadanya, Allah memerintahkan NabiNya supaya bersumpah menggunakan perkataan tersebut.

Tempat-2 berkenaan adalah seperti berikut:

(1) Surah Saba’, Allah berfirman:

Bermaksud:”Dan orang-orang yg kafir berkata: “Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami”. Katakanlah: “Pasti datang, demi Tuhanku Yg Maha Mengetahui segala perkara ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tiada tersembunyi daripadaNya sebesar zarrah pun yg ada di langit dan yg ada di bumi dan tiada (pula) yg lebih kecil dari itu dan yg lebih besar, melainkan tersebut dlm kitab yg nyata (Lauh Mahfuzh)”.(Ayat 3).

(2) surah at-Taghaabun. Allah berfirman:

Bermaksud: “Orang-orang yg kafir mengatakan bahawa mereka sesekali tidak akan dibangkitkan. Katakanlah: “Memang, demi Tuhanku, benar-benar kamu akan dibangkitkan, kemudian akan diberitahu kepadamu apa yg telah kamu kerjakan”. Yg demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Ayat 7).

(3) surah Yunus, Allah berfirman:

Bermaksud: “Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Adakah (kedatangan azab yg dijanjikan) itu benar? Jawablah: Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya ia adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya. (Ayat 53).

Pada tiga tempat ini ayat sumpah digunakan sebagai penguat untuk menyatakan kedasyatan hari kiamat dan kepastian akan berlakunya. Yg bersumpah dengan nama Tuhan (رب) pula ialah Nabi s.a.w. ia juga dikemukakan sebagai dalil, meskipun muqsam bihinya adalah Allah s.w.t sendiri.

(4) surah az-Zaariyaat, Allah berfirman:

Bermaksud: “Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yg dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti yg disebut-sebutkan olehmu.” (Ayat 23).

(5) surah al-Ma’arij Alah berfirman:

Bermaksud: “Maka Aku bersumpah dgn (kebesaranku) Tuhan yg menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya. Sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa (40) (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dgn makhluk-makhluk yg lebih baik dari mereka dan Kami tidak sekali-kali dpt dikalahkan.” (41). (Ayat 40-41).

(6)Surah Maryam, Allah berfirman:

Bermaksud: “Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka (yg kafir) itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian kami akan bawa mereka duduk berlutut di sekeliling Neraka Jahannam. “ ( Ayat 68).

(7) Surah a-Hijr. Allah berfirman:

Bermaksud: “Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yg kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak) (92) mengenai apa yg mereka telah lakukan dahulu. (93)” ( Ayat 92-93).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 37 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 14 (Nota 6) 

Leave a comment