Usul Tafsir al-Quran – Sesi 40 – (Sambungan) USUL No 14 – Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran

VIDEO – [Durasi 1j 11m 13s] – Sesi 40- Usul No14 -Kesinambungan Dalil & Madlul Pada Sumpah-Allah Dalam Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube –  https://youtu.be/40vXtEd3TsQ ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

01- 00:00:27 : Mengetahui Kesinambungan Di Antara “Dalil” Dan “Madlul” Dalam Sumpah-sumpah

02- 00:01:30 : Perbezaan Pendapat Ulama’ Tentang Ada Dibuang Atau Tidak Muqsam Alaih

03- 00:06:45 : Apabila Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Tidak Diperlukan, Sumpah Allah Di Tempat Itu Adalah Semata-mata Untuk Menarik Perhatian Manusia Kepada Muqsam Bihi Yang Dengan Jelas Menunjukkan Kekuasaan Dan Keajaiban-Nya. Muqsam Bihi Sendiri Sebenarnya Sudah Menunjukkan Kepada Muqsam Alaih, Dalam Keadaan Ini Membuang Muqsam Alaih Lebih Meringkaskan Ayat Dan Lebih Memberi Makna Yang Mendalam.

04- 00:15:33 : Apabila Ada Dalil Yang Menunjukkan Muqsam Alaih, Maka Muqsam Alaih Tidak Perlu Disebutkan Lagi (Iaitu Dibuang)

05- 00:30:44 : Apabila Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Diandaikan, Ianya Sepatutnya Dimulai Dengan Haraf Faa’

06- 00:36:57 : Di Mana Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Kelihatan Dimulakan Dengan “Hal” ( هل )

07- 00:40:37 : Di Mana Kelihatan Semacam “Lam” Qasam Dibuang Daripada Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Sementara Bahagian-bahagian Jawab Qasam Yang Lain Masih Ada Padahal Jawab Qasam Semua Sekali Dibuang

08- 00:45:33 : Muqsam Alaih Atau Jawab Qasam Biasanya Disebutkan Tetapi Kadang-kadang Ianya Dibuang

09- 00:49:22 : Beberapa Perkataan Penambah Di Permulaan Muqsam Alaih

10- 00:51:20 : Perkataan “Inna” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih

11- 00:54:58 : Perkataan “Ma Nafi” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih

12- 00:57:17 : Perkataan “Lam Berbaris Di Atas” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih

13- 00:58:57 : “In Al-Khafifah” Atau “In Al-Mukhaffafah Minas Sakilah”, “In” Yang Ada selepasnya Fiil Nakis

14- 01:02:03 : Ada “La” Di Permulaan Muqsam Alaih

15- 01:03:54 : Perkataan “Qad” Berada Di Permulaan Muqsam Alaih

16- 01:07:11 : Perkataan “Bal” 

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran

(Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

{Sambungan} USUL KE 14 – Mengetahui Kesinambungan DI antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran

Perbedaan Pendapat Ulama Tentang Ada Dibuang Atau Tidak Muqsam Alaih

Menurut segolongan ulama. muqsam ‘alaih atau jawab qasam di dalam al-Qur’an ada yang dibuang. Kedudukannya sama seperti muqsam bihi daripada segi adakalanya disebutkan dan adakalanya dibuang. Bagaimanapun mereka hanya menerima pembuangan muqsam ‘alaih pada 7 tempat sahaja. Menurut segolongan yang lain pula, muqsam ‘alaih tidak ada yang dibuang sama sekali di dalam al-Qur”an. cuma ia mungkin tidak ketara dan perlu direnung sedikit.

Pada pandangan golongan ulama yang mengatakan muqsam ‘alaih ada dibuang di dalam al-Qur’an, mereka mengatakan pembuangannya berlaku pada beberapa tempat berikut:

(1) Apabila muqsam ‘alaih atau jawab qasam tidak diperlukan, sumpah Allah di tempat itu semata-mata untuk menarik perhatian manusia kepada muqsam bihi yang dengan jelas menunjukkan kekuasaan dan keajaibanNya. Muqsam bihi sendiri sebenarnya sudah menunjukkan kepada muqsam ‘alaih. Dalam keadaan ini membuang muqsam ‘alaih lebih meringkaskan ayat dan lebih memberi ma’na yang mendalam. Contohnya ialah firman Allah di bawah ini:

Bermaksud: Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran. (Shaad: 1 )

Muqsam bihi dengan sifatnya di dalam ayat ini jelas menunjukkan kepada muqsam ‘alaihnya. Oleh kerana itu muqsam alaih atau jawab qasamnya tidak perlu lagi disebutkan. Sememangnya al-Qur’an itu mulia dan mengandungi peringatan. Maka tidak diperlukan lagi kepada muqsam ‘alaih. Tidak perlu lagi dikatakan misalnya انه لذكر لهم ونصح(Sesungguhnya ia merupakan peringatan dan pengajaran kepada mereka), atau شهد القرآن انه لذكر لهم ونصح sebagai muqsam alaihnya.

(2) Apabila ada dalil yang menunjukkannya. Keadaan seperti itu boleh berlaku apabila muqsam ‘alaih atau jawab qasam diandaikan sepatutnya dimulai dengan لن(haraf nafi). Lihat contohnya pada firman Allah berikut:

Bermaksud: Mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu daripada bukti-bukti yang nyata (mujizat) yang telah datang kepada kami dan daripada Tuhan yang telah menciptakan kami; maka putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan dalam kehidupan di dunia ini sahaja. (Thaaha:72).

Sesetengah ahli Nahu mengandaikan firman Allahوَالَّذِي فَطَرَنَا sebagai qasam. Muqsam alaih atau jawab qasamnya mahzuf. Firman Allah لَن نُّؤْثِرَكَ yang tersebut sebelumnya merupakan dalilnya. Taqdir ibarat sepenuhnya ialah لَن نُّؤْثِرَكَ وَالَّذِي فَطَرَنَا (Demi Tuhan yang telah menciptakan kami, kami sekali-kali tidak akan mengutamakan kamu).

(3) Apabila muqsam ‘alaih atau jawab qasam diandaikan sepatutnya dimulai dengan haraf (ف). Lihat contohnya pada firman Allah berikut

Bermaksud: Allah berfirman: “Kami akan membantumu dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak (akan) dapat mengapa-apakanmu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mu’jizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang akan menang.- (al-Qashash:35).

Sesetengah ahli Nahu mengandaikan haraf (ب) pada بِآيَاتِنَا di dalam firman Allah di atas sebagai haraf qasam.Muqsam ‘alaih atau jawab qasamnya mahzuf. Firman Allah فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا yang tersebut sebelumnya merupakan dalilnya. Taqdir ibarat sepenuhnya ialahبآياتنا لا يصلون اليكما (Demi mu’jizat Kami, mereka tidak (akan) dapat mengapa-apakanmu).

(4) Di mana muqsam ‘alaih atau jawab qasam kelihatan dimulakan dengan perkataan هل. Contohnya firman Allah herikut:

Bermaksud: Demi fajar (1). Demi malam yang sepuluh (2). Demi yang genap dan yang ganjil (3). Demi malam bila ia berlalu (4).Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal. (5). (al-Fajr: 1-5).

Menurut az-Zamakhsyari, jawab qasam bagi jumlah qasam ini mahzuf. Taqdimya لتعذبن (kamu pasti akan dihukum).

(5) Di mana kelihatan semacam (ل) qasam dibuang daripada muqsam ‘alaih atau jawab qasam. Sementara bahagian-bahagian jawab qasam yang lain masih ada, padahal iawab qasam semua sekali dibuang (محذوف) Keadaan seperti ini dikatakan terdapat pada firman Allah di bawah ini:

Bermaksud: Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; ( 1 ) Demi hari (pembalasan) yang dijanjikan; (2). Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan;(3). Celakalah kaum yang menggali parit, (4) (al-Buruj: 1-4).

Jawab qasam sebenar bagi tiga jumlah qasam, daripada ayat 1-3 ialah لتبعثن(sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) yang- dibuang محذوف Firman Allah kelihatan seperti menjadi jawab qasam kepada tiga jumlah qasam yang tersebut sebelumnya. Dan haraf (ل)yang sepatutnya terletak di permulaannya dibuang. Padahal semuanya bukan jawab qasam.

(6) Muqsam ‘alaih atau jawab qasam biasanya disebutkan, tetapi kadang-kadang ia dibuangkan juga. Antara contoh yang dapat dikemukakan ialah firman Allah berikut:

Bermaksud: Demi fajar (1). Demi malam yang sepuluh (2). Demi yang genap dan yang ganjil (3). Demi malam bila ia berlalu (4). Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang, dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal. (5). (al-Fajr:1-5).

Menurut sesetengah ulama, jawab qasam yang dibuang di sini ialahلتعذبن يا كفار مكة (Kamu pasti akan dihukum wahai orang-orang kafir Mekah).

Beberapa Perkataan Penambah Di Permulaan Muqsam ‘Alaih Muqsam alaih atau jawab qasam menurut Imam al-Baghawi (al-Husain bin Mas’ud al­, Baghawi)semestinya dimulakan dengan beberapa perkataan. Kesemuanya merupakan haraf-haraf.Kalau pada zahirnva ia tidak tersebut, maka salah satu daripadanya mestilah ditaqdirkan mengikut kesesuaian keadaan dan kedudukan ayat. 

Di bawah ini dikemukakan haraf-haraf berkenaan bersama contoh-contohnya:

(1) ان. Antara contohnya ialah pada firman Allah berikut: Bermaksud:Demi Fajar (1)dan ma’am yang sepuluh (2)dan yang genap dan yang ganjil (3)dan malam bila ia berlalu (4)Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima)oleh orang-orang yang berakal (5)Apakah kamu tidak memperhatikan hagaimanaTuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Aad (6) (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi (7)yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain (8)dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah(9) dan kaum Fir’aun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak) (10) yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri (11) lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu (12) kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab(13) sesungguhnya Tuhanmu benar-henar mengawasi (14). (1-14).

(2 ),ما للنفي. (ما yang memberi erti tidak atau bukan). Antara contohnya ialah pada firman Allah berikut: Bermaksud:Demi waktu matahari sepenggalahan naik (1) Demi malam apabila ia telah sunyi sepi (2) Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak (pula) benci kepadamu (3) (ad­Dhuha:1-3 ).

(3) اللام المفتوحة (ل berbaris di atas). Firman Allah berikut adalah antara contohnya: Bermaksud:Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua (92) tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu (93) (al-Hijr:92-93).

(4) انّ الخفيفة.Firman Allah berikut adalah antara contohnya: Bermaksud: Demi Allah,sesungguhnya kita dahulu (di dunia) dalam kesesatan yang nyata (as-Syu’ara:97).

(5) لا. Firman Allah berikut adalah antara contohnya: Bermaksud:Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh (sambil berkata): Allah tidak akan membangkitkan semula orang-orang yang telah mati. (Itu tidak benar), bahkan _janji Allah membangkitkan orang-orang yang telah mati)tetap benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(an-Nah1:38).

(6)  قد.Antara contohnva ialah firman Allah berikut: Demi matahari dan cahayanya di pagi hari (1) dan bulan apabila ia mengiringinya (2)dan siang apabila ia menampakkannya (dengan jelas nyata); (3)dan malam apabila ia menutupinya(dengan gelap- gelita), (4) Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Demi bumi dan Yang menghamparkannya(untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6) Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (berupa kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);(7) maka Allah mengilhamkan kepadanya (jalan) kefasikan dan ketakwaannya(8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) (as-Syams:1-9).

(7)بل.Antara contohnya ialah pada firman Allah ikut: Bermaksud: Qaaf. Demi Al Quran yang sangat mulia (1) (Mereka tidak menerimanya ) bahkan mereka tercengang kerana telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri, maka berkatalah orang-orang kafir: “ini adalah suatu yang amat ajaib” (2) (Qaaf:1-2).

Menurut ar-Raazi, Qasam (sumpah) dalam semua surah yan Allah bersumpah di permulaannya dengan menggunakan perkataan-perkataan bukan haraf,bertujuan membuktikan kebenaran tiga prinsip keimanan, iaitu Tauhid (keesaan Tuhan), Risalah (kerasulan) dan Hari kemudian (kehidupan sesudah kematian).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 40 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 14 (Nota 7)

Leave a comment