Usul Tafsir al-Quran – SESI 43 – (Sambungan) Usul No 14 – Mengetahui Kesinambungan Di antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah-sumpah Allah Di Dalam Al-Quran – Bab: Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Perkataan Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih

VIDEO – [Durasi 1j 17m 58s] – Sesi 43-Usul No 14 -Kesinambungan Dalil & Madlul Pada Sumpah-Allah Dalam Quran

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/60r2Ldb4IIw ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:36 : Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih

2- 00:04:32 : Berdasarkan Tartib Turun Al-Quran, Surah Yang Mula-mula Diturunkan Yang Mengandungi Sumpah Ialah Surah Al-Qalam.

3- 00:11:49 : Tartib Mushafi Atau Tartib Kitabi

4- 00:13:21 : Tartib Nuzul

5- 00:14:48 : Perkaitan Di antara Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih, Keutamaan Surah Al-Qalam, Kepentingan Tulis

6- 00:34:37 : Untuk Berjuang Dalam Agama Hendaklah Banyak Bersabar

7- 00:46:11 : Berdasarkan Tartib Turun Surah-surah Al-Quran, Surah Al-Fajr Adalah Yang Kelima Mengandungi Sumpah Allah s.w.t (Allah s.w.t. Sentiasa Memerhati Hamba-Hambanya). Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih.

8- 00:57:18 : Kaum Nabi Saleh a.s. (Yang Dikenali Sebagai Kaum Thamud) Yang Telah Musnah Dengan Satu Gegaran Yang Amak Kuat Pada Waktu Fajar

9- 01:07:04 : Nabi Musa a.s Telah Membawa Lari Kaum Bani Israil Dari Firaun Pada Hari 10 Muharram

10- 01:11:58 : Allah Melepaskan Angin Yang Amat Sejuk Dan Kencang Kepada Kaum ‘Ad Dan Thamud

NOTA RINGKAS

USUL TAFSIR AL-QURAN

Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat)

{Sambungan} USUL KE 14 – Bab: Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Perkataan Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih

Kesinambungan Dan Kesesuaian Di Antara Perkataan Muqsam Bihi Dan Muqsam Alaih

Pelajar al-Qur’an hendaklah mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam alaih. Khususnya apabila Allah bersumpah dengan fenomena alam dan makhluk ciptaanNya. la perlu merenung dengan mendalam untuk mendapatkan rahsia dan hikmat yang tersimpan di sebalik perhubungan antara kedua rukun qasam (sumpah) itu.

Dengan mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam ‘alaih, kebesaran al-Qur’an dan keagungannya akan menguasai minda seseorang. Perhubungan antara keduanya adakalanya nyata dan adakalanya pula agak tersembunvi. Minda yang tajam dan jiwa yang hening jua akan dapat menangkap sesuatu yang tersembunyi dan tidak nyata.

Beberapa Contoh Kesesuaian Dan Kesinambungan Antara Muqsam Bihi Dan Muqsam ‘Alaih

(1) Berdasarkan tertib turun al-Qur’an, surah yang mula-mula sekali mengandungi sumpah ialah Surah al-Qalam. Di permulaannya terdapat sumpah Allah. Lihat firman Allah berkenaan:

Bermaksud: Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis; (1) Engkau (wahai Muhammad) dengan sebab ni’mat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana). (2) Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam); (3)Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (4) (al-Qalam: 1-4).

Muqsam bihi terdapat di dalam ayat pertama surah. Ayat 2-4 pula merupakan muqsam alaih atau jawab qasam.

“Pena dan apa yang mereka tulis- yang tersebut sebagai muqsam Bihi di dalam avat Surah al-Qalam ini telah dipakai oleh para ulama Tafsir dengan dua erti. (a) Semua pena atau alat tulis yang digunakan oleh manusia untuk menulis. Apa yang mereka tulis pula bermaksud apa saja yang ditulis manusia. (b) Pena yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis dan mencatat al-Qur’anyang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.Apa yang mereka tulis pula bererti al-Qur’an yang ditulis oleh para sahabat di dalam mushaf-mushaf.

Al-Qur’an yang diturunkan kepada Muhammad merupakan ni’mat terbesar Allah kepadanya dan juga kepada seluruh manusia. la penuh dengan kebenaran, panduan hidup dan keajaiban. Bagaimana boleh seorang yang telah menerima al-Qur’an yang begitu sifatnya dari Allah dan mcnyampaikannya kepada manusia dituduh gila oleh pembesar¬pembesar Quraisy?!Padahal orang yang dituduh mereka sebagai gila itu hidup bersama mereka sekian lama dan mereka sendiri mengakui tentang kebijaksanaan dan ketinggian akhlaknya. Bukan al-Qur’an sahaja membuktikan kebenaran Muhammad, kewujudan beliau di kalangan mereka sendiri buat sekian lama juga merupakan bukti yang terang tentang kebenarannya. Tiada orang lain yang lebih mengenalinya daripada mereka. Kenapa mereka tetap menuduhnya gila? Tidak kerana lain, kerana al-Qur’an itulah juga. Kalaulah manusia – termasuk orang-orang kafir Quraisy – memerhatikan al-Qur’an dan membandingkannya dengan buku-buku lain yang ditulis manusia, tentu mereka akan sedar bahawa al-Qur’an itu bukan hasil ciptaan manusia. la adalah kalam Allah. Manusia tidak akan mampu menandinginya, bahkan tidak akan mampu mengadakan satu surah pun seumpamanya.

Muqsam alaih yang tersebut di dalam ayat 2-4 bukan dikemukakan untuk menghibur hati Nabi s.a.w. Bukan juga untuk memujuk beliau yang begitu sakit hati dan sedih dengan kata-kata kesat dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh pemuka-pemuka Quraisy terhadap beliau. la sebaliknya merupakan bukti yang membenarkan Muhammad s.a.w. dan mendustakan orang-orangyang menuduhnya gila. Orang-orang yang menuduhnya itulah sebenarnya yang gila. Nabi s.a.w. yang yakin bahawa beliau adalah rasul yang haq dari Allah dan diperkuat pula dengan al-Qur’an, tentunya tidak terkesan dengan tuduhan¬tuduhan palsu seperti itu.

(2) Berdasarkan tertib turun surah-surah al-Qur’an, surah al-Fajr adalah yang kelima mengandungi sumpah Allah. Di dalamnya Allah berfirman:

Bermaksud: Demi (waktu) fajar; (1) Demi malam yang sepuluh; (2) Demi yang genap dan yang ganjil; (3) Demi malam, apabila ia berlalu; (4) Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal (5) Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Aad (6) laitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, (7) yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain (8) Dan (terhadap) kaum Tsamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9) dan kaum Fir’aun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak) (10) yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri (11) Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12) kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab (13) sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi (14) (al-Fajr:1-14).

Selepas mengemukakan muqsam bihi melalui empat ayat, hermula dari ayat 1 hingga ayat 4, Allah mengemukakan Pula kisah kehancuran dan kemusnahan tiga kaum yang sangat derhaka dan bermaharajalela di negeri masing-masing. Setelah itu barulah dikemukakan muqsam ‘alaihnya, iaitu ayat ke 14 surah berkenaan:انّ ربك لبالمرصاد (Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi). Sebagaimana Allah mengawasi seterusnya menimpakan azab ke atas umat yang derhaka di zaman dahulu, Allah mengawasi dan akan menghukum orang-orang yang semasa dengan rasulNya Muhammad s.a.w. Yang demikian itu adalah sunnahNya.

Jika dilihat kepada masa dan waktu kaum-kaum yang disebut Allah sebagai kaum-kaum yang telah dibinasakan, niscaya anda akan dapati waktu-waktu kebinasaan dan kemusnahan mereka ialah yang disebut Allah sebagai muqsam bihi di permulaan surah ini. Kaum Nabi Saleh yang lebih dikenali sebagai kaum Tsamud telah musnah dengan satu gegaran yang amat kuat pada waktu Fajar. Perihal kaum Tsamud, kehebatan dan sikap mereka terhadap ayat-ayat Allah yang disampaikan oleh Nabi Saleh a.s. dan akhirnya hagaimana mereka dimusnahkan, dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:

Bermaksud: Dan demi sesungguhnya penduduk “Al-Hijr” telah mendustakan Rasul-rasul. (80)  Dan Kami telah herikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga herpaling (mengingkarinya). (81)  Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya). (82) Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh suara keras yang menggempakan bumi pada waktu pagi. (83) Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun. (84) (al-Hijr:80-84).

Nabi Musa a.s. telah membawa lari kaumnya ke semenanjung Sinai daripada kezaliman Fir’aun pada waktu malam di sepuluh awal bulan Muharram. Allah menyelamatkan mereka. Sementara Fir’aun dan Bala tenteranya yang mengejar mereka pula ditenggelamkan dalam laut Qulzum. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada hari ke 10 di bulan Muharram.

Untuk membinasakan dan memusnahkan kaum ‘Aad Allah telah melepaskan angin yang amat sejuk dan kencang bermula pada waktu fajar. Angin yang amat sejuk dan kencang itu dilepaskan selama tujuh malam (dan) lapan hari tanpa henti. Akhirnya mereka semua sekali musnah. Pada petang hari kelapan, barulah angin itu herhenti. Lihatlah firman Allah berikut:

Bemaksud: Kaum Tsamud dan ‘Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu. (4) Maka (masing-masing, menerima azab dunianya) – adapun Tsamud (kaum Nabi Saleh), maka mereka telah dibinasakan dengan suara keras yang amat dahsyat. (5) Adapun ‘Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat sejuk lagi amat kencang,(6) Yang diarahkanNya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. (7) Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal di antara mereka. (8) (al-Haaqqah: 4-8).

Lapan adalah bilanan genap. Tujuh pula adalah bilangan ganjil itulah yang dimaksudkan dengan firman واشفع والوتر  (Demi yang genap dan yang ganjil)dalam konteks apa yang berlaku kepada kaum ‘Aad.

Waktu-waktu yang disebutkan sebagai muqsam bihi di dalam Surah al-Fajr itu sebenarnya meruju’  kepada peristiwa bersejarah yang berlaku padanya. Pada waktu­waktu itulah kaum ‘Aad, kaum Tsamud dan Fir’aun serta bala tenteranya dimusnahkan Allah. Punca kemusnahan mereka ialah menolak dan menentang ayat-ayat Allah. Selain itu mereka juga banyak melakukan kerosakan di muka bumi.Lihatlah betapa rapatnya perkaitan dan kesinambungan di antara muqsam bihi dan muqsam alaih di dalam Surah al-Fajr ini.

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 43 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 14 (Nota 7)

Leave a comment