VIDEO – [Durasi 1j 09m 06s] – Sesi 60 – Usul No 16 – Sebab Turun Ayat & Apa Yang Bersesuaian Dengannya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/A7r-Bj2Haiw ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
01- 01:30 : Peristiwa Abu Thalib Ketika Hampir Meninggal Dunia Dan Hukum Minta Ampun Untuk Orang Kafir
02- 07:13 : Beberapa Bentuk Sebab Turun Ayat
03- 11:07 : Ayat Yang Sama Mungkin Turun Beberapa Kali
04- 16:30 : Peristiwa Abu Thalib Hampir Meninggal Dunia Dan Adakah Abu Thalib Mati Dalam Keadan Islam?
05- 28:23 : Hukum Minta Ampun Untuk Orang Kafir
06- 43:00 : Riwayat Hakim, Mengikut Ulama’ Hadith
07- 45:52 : Cerita Israiliyat Tentang Bal’am bin Ba’ura Dengan Nabi Musa a.s
08- 56:45 : Cerita Tentang Umayyah Bin Abi Sald
09- 58:21 : Cerita Tentang Abu Amir Ar-Rahib
10- 59:50 : Orang Yang Menghalang Orang Lain Dari Melakukan Kebaikan Adalah Orang Yang Zalim
NOTA RINGKAS
USUL TAFSIR AL-QURAN
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff
(Sambungan) USUL KE 16 – MENGETAHUI TENTANG SEBAB TURUN AYAT DAN APA-APA YANG BERSESUAIAN DENGANNYA
CARA-CARA BERINTERAKSI DENGAN BEBERAPA SEBAB TURUN AYAT – BENTUK KE ENAM
Bentuk Keenam: Bentuk ke enam ialah keadaan di mana beberapa peristiwa tidak mungkin dijama’ sebagai sebab nuzul bagi ayat tertentu. Ini kerana jauhnya zaman masing-masing daripada peristiwa-peristiwa itu berlaku. Riwayat-riwayat yang mengemukakannya pula lebih kurang sama taraf kesahihannya. Dalam keadaan ini ayat yang dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa tertentu sebagai sebabnya hendaklah dianggap telah diturunkan beberapa kali.
Antara contohnya ialah hadith yang diriwayatkan oleh al-Musaiyyab, kata beliau: “Ketika Abu Thalib hampir meninggal dunia, Rasulullah s.a.w. masuk menemuinya. Pada ketika itu Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyyah ada dekat Abu Thalib. Nabi s.a.w. berkata, “Wahai Pak Cik, ucaplah لا إله إلا الله supaya dapat aku membelamu dengannya di hadapan Allah. Maka Abu Jahal dan Abdullah berkata, “Wahai Abi Talib, apakah engkau tidak suka kepada agama Abdil Mutthalib?” Mereka berdua terus bercakap-cakap dengan Abu Thalib sehinggalah dia berkata, “Aku berada di atas agama Abdil Mutthalib.” Pada waktu itu Nabi s.a.w. berkata, “Aku pasti akan beristighfar untukmu selagi aku tidak ditegah.” Maka turunlah ayat yang bermaksud: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. (at-Taubah:113). (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Nasaa’i, Ahmad, Haakim dan lain-lain).
Di dalam riwayat-riwayat lain pula tersebut dua lagi sebab bagi turunnya ayat 113 Surah at-Taubah tadi.
(i) Hadith yang dikemukakan oleh at-Tirmizi dan lain-lain daripada Ali. At-Tirmidzi menghasankannya. Kata Ali, “Pernah aku mendengar seseorang beristigfar untuk kedua ibu bapanya yang musyrik.” Terus aku bertanya, “Engkau beristigfar untuk kedua ibu bapamu yang musyrik?” Orang itu berkata, “Ibrahim juga telah beristighfar untuk bapanya yang musyrik.” Maka aku sebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. Lalu turunlah ayat itu (ayat 113 Surah at-Taubah). (Hadith riwayat at-Tarmidzi, an-Nasaa’i, Ahmad, Haakim dan lain-lain).
(ii) Hadith yang dikemukakan oleh Haakim dan lain-lain daripada Ibnu Mas’ud. Kata beliau, “Pernah pada suatu hari Nabi s.a.w. pergi ke perkuburan. Lalu baginda duduk dekat salah satu kubur di perkuburan itu.” Lamalah baginda mengadu hal kepadaNya, kemudian menangis. Selepas itu Rasulullah s.a.w. bercerita, “Sesungguhnya kubur yang aku duduk dekat dengannya tadi adalah kubur ibuku. Sesungguhnya aku meminta izin kepada Tuhanku untuk mendoakannya, tetapi Tuhan tidak mengizinkanku. Lalu Allah menurunkan kepadaku, ayat berikut yang bermaksud, “Tidaklah dibenarkan oleh Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. (at-Taubah:113). (Hadith riwayat al-Haakim dan Abdur Razzaaq di dalam Mushannafnya)
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA USUL TAFSIR – SESI 60 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 16 (Nota 11)
