Usul Tafsir Al-Quran- Sesi 75 – (Sambungan) Usul No 17 – Mengetahui Ayat-Ayat Yang Menasakhkan Dan Ayat Yang Dimansuhkan

VIDEO – [Durasi 1j 15m 37s] – Sesi 75 – Usul No 17 -Mengetahui Ayat Yang Menasakhkan & Ayat Yang Dimansuhkan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4my6p8xGSIw ]

                                                            TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:40 : Ayat-Ayat Al-Quran Yang Dimansukhkan Menurut Kaedah Ulama’ Muta’akhkhirin, Contoh Yang Ketigabelas – Surah al-Maa’idah ayat 106 Dengan Surah at-Thalaaq Ayat 2 dan Surah al-Baqarah Ayat 282, Tentang Menjadikan Saksi

2- 13:42 : Golongan Pertama Mengatakan Golongan Yang Bukan Seagama Dengan Kamu Boleh Menjadi Saksi

3- 26:09 : Antara Tokoh Ulama’ Yang Berpendapat Ayat ini Mansukh

4- 28:58 : Golongan Kedua Mengatakan Golongan Lain Yang Bukan Merupakan Karabat Kamu

5- 58:03 : Hukum Islam Mengikut Hukum Semasa

                                                                                       NOTA KULIAH

 USUL TAFSIR AL-QURAN
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk
Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

(sambungan) USUL KE 17 – (17) MENGETAHUI AYAT-AYAT YANG MENASAKHKAN DAN AYAT-AYAT YANG DIMANSUKHKAN MENURUT AHLI TAFSIR MUTAQADDIMIN DAN MUTA’KKHIRIN

(13) Firman Allah di dalam Surah al-Maa’idah di bawah ini juga dikatakan mansukh oleh sekumpulan ‘ulama

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا شَهَادَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ حِينَ الْوَصِيَّةِ اثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ أَوْ آخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنْتُمْ ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَأَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةُ الْمَوْتِ تَحْبِسُونَهُمَا مِنْ بَعْدِ الصَّلَاةِ فَيُقْسِمَانِ بِاللَّهِ إِنِ ارْتَبْتُمْ لَا نَشْتَرِي بِهِ ثَمَنًا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ إِنَّا إِذًا لَمِنَ الْآثِمِينَ (106)

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (dia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, (hendaklah) karnu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa. (al-Maa’idah1:0 6).

Kata as-Suyuthi dan lain-lain, ia dimansukhkan dengan ayat berikut:

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ذَلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2)

Bermaksud: Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang berirnan kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (at-Thalaaq:2)

Ada juga ‘ulama’ yang menyebutkan nasikh bagi ayat 106 Surah al-Maa’idah itu adalah ayat di bawah ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا وَلَا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلَّا تَرْتَابُوا إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَا وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (282)

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimla’kan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikit pun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannyaa) atau dia sendiri tidak mampu mengimla’kan, maka hendaklah walinya mengimla’kan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua oranq perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang lagi dapat mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka kamu tidak berdosa, jika tidak menulisnya.Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu Kefasikan pada dirimu.Dan bertaqwalah kepada Allah; Allah mengajarmu dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (al-Baqarah:282).

Yang dianggap sebagai naasikh daripada ayat 282 Surah al-Baqarah ini ialah bahagian yang bergaris di bergaris di bawahnya. Biar apapun, kedua-dua ayat yang dikemukakan di atas boleh saja diterima sebagai naasikh bagi ayat 106 di dalam Surah al-Maa’idah itu. Sebenarnya bahagian yang bergaris di dalam ayat 106 Surah al-Maa’idah itu sahaja yang menjadi kontroversi di kalangan para ahli tafsir. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan dalam mentafsirkannya:

(a) Golongan yang mentafsirkannya dengan: آخَرَانِ مِنْ غَيرِ مِلَّتِكُمْ iaitu dua orang lain yang bukan seagama dengan kamu. Inilah tafsiran yang dinukilkan daripada Sa’id bin al-Musaiyyab, Muhammad bin Sirin, Sa’id bin Jubair, asy-Sya’bi, Sulaiman at-Taimi dan lain-lain. Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan tafsiran ini. Ia menjadi pilihan kebanyakan penterjernah al-Qur’an dalam bahasa Melayu. Tafsiran ini jugalah yang dijadikan asas oleh dua orang pentafsir terkenal dalarn bahasa Urdu, Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi di dalam Bayan al-Qur’annya dan Maulana Syabbir Ahmad ‘Utsmani di dalam Tafsir ‘Utsmaninya.

Tiga orang imam besar umat Islam, Abu Hanifah, Malik dan asy-Syafi’e mengaitkan flrman Allah “dua orang lain yang bukan seagama dengan kamu” itu dengan orang-orang bukan Islam, baik ia dari kalangan Ahli Kitab atau bukan Ahli Kitab. Ia umum untuk semua bukan Islam (orang kafir). Kerana lafaz yang digunakan oleh Allah di situ memang memberi erti umum.

Imam Ahmad pula kerana mengambil kira latar belakang dan sebab turun ayat berkenaan mengkhususkannya dengan bukan Islam dari kalangan Ahli Kitab sahaja. Bertolak dari kefahaman itulah Imam Ahmad berpendapat,kesaksian Ahli Kitab yang merupakan ra’yat negara Islam atau kafir dzimmi dalam perkara wasiat sahaja boleh diterima. Itupun dengan syarat apabila tidak ada orang Islam yang dapat dijadikan saksi. Bagi beliau ayat 106 di dalam Surah al-Maa’idah itu tidak mansukh.

Itulah yang diisyaratkan oleh Shah Waliyyullah di dalam al-Fauzu al-Kabir dengan kata beliau قلت قال
أحمد بظاهر الأية
Bermaksud: Imam Ahmad berpegang dengan zahir ayat berkenaan.

Ibnu al-Mundzir berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Ibnu Qudaamah al-Hambali (m.620H) telah berkata, inilah juga mazhab Qadhi Syuraih, Ibrahim an-Nakha’i, al-Auzaa’i dan Yahya bin Hamzah. Beliau juga telah berkata, berdasarkan pendapat inilah Ibnu Mas’ud dan Abu Musa al-Asy’ari memutuskan kes yang dibawakan ke hadapan mereka. (Lihat Ibnu Qudaamah – al-Mughni j. 10 m/s 180). Ibnu ‘Abbaas juga dinukilkan berpendapat demikian. Al-Qurthubi adalah antara tokoh mufassir yang menyokong kuat pendapat Ahmad itu. Bagi beliau antara perkara yang rnenguatkan pendapat ini ialah kerana ia merupakan pegangan tiga orang sahabat yang masih hidup ketika ayat berkenaan diturunkan. Mereka juga tentunya lebih mengetahui tentang sebab turunnya. (Lihat al-Qurthubi -Tafsir al-Qurthubi j.6 m/s 349-351) .

Bagaimanapun kebanyakan orang yang menerima ayat 106 di dalarn Surah al- Maa’idah dengan tafsiran yang
dikemukakan sebelum ini menerima juga bahawa ia telah mansukh. Antara tokoh yang berpendapat ia mansukh Zaid bin Aslam, Malik, Syafi’e, Abu Hanifah dan lain-lain fuqaha’. Sebabnya ialah orang-orang kafir biar bagaimanapun keadaannya tidak harus dijadikan sebagai saksi dalam urusan umat Islam. Inilah yang difahami mereka daripada firman Allah di dalarn dua ayat yang dikatakan sebagai naasikh bagi ayat 106 di dalam Surah al-Maa’idah. Bagi mereka, itulah maksud Allah dengan firmanNya: وأشهدوا ذوي عدل منكم (dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu) ya’niorang-orang Islam. Demikian juga dengan firmanNya:

واستشهدوا شهيدين من رجالكم ان لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء

(Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tidak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai).Maksud orang-orang lelaki “di antaramu” ialah di kalangan orang-orang Islam. Dan maksud “dari saksi-saksi yang kamu redhai” juga tentu sekali dari kalangan orang-orang Islam

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 75 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 17 (Nota 15)

Leave a comment