Usul Tafsir al-Quran – Sesi 76 – (Sambungan) Usul No 17 – Mengetahui Ayat-Ayat Yang Menasakhkan Dan Ayat Yang Dimansuhkan

VIDEO – [Durasi 58m 21s] – Sesi 76 – Usul No 17 – Mengetahui Ayat Yang Menasakhkan & Ayat Yang Dimansuhkan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/O0j2b0pXoRY ]

                                TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:30 : Contoh Keempat belas – Surah Al-Anfaal Ayat 65 Dengan Ayat 66 – Tentang Galakan Berperang Dengan Orang Kafir

2- 23:11 : Tidak Boleh Menyentuhnya (Al-Qur’an) Kecuali Orang-orang Yang Suci – [Larangan atau Cerita?]

3- 32:00 : Ada Ulama’ Yang Menerima Sebagai Takhfif Ayat 66 ini Bukan Nasakh

4- 35:28 : Contoh Berpuasa Bagi Orang Yang Bermusafir Atau Sakit

5- 38:11 : Fenomena “Tuduh- menuduh” Terhadap Mereka Yang Terlibat Dalam Bidang Dakwah

6- 43:25 : Ada Ulama’ Yang Mempertikaikan Bagaimana Boleh Nasakh Dalam Peristiwa Yang Sama?

USUL TAFSIR AL-QURAN
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk
Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

(sambungan) USUL KE 17 – (17) MENGETAHUI AYAT-AYAT YANG MENASAKHKAN DAN AYAT-AYAT YANG DIMANSUKHKAN MENURUT AHLI TAFSIR MUTAQADDIMIN DAN MUTA’KKHIRIN

NOTA KULIAH –

(14) Firman Allah di dalam Surah al-Anfaal berikut dikatakan rnansukh oleh kebanyakan ‘ulama’ Tafsir:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ (65)

Bermaksud: Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mu’min untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan seribu daripada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaurn yang tidak mengerti. (al-Anfaal: 65).

Ia dikatakan telah mansukh dengan ayat 66 di bawah ini:

الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ (66)

Bermaksud: Sekarang Allah telah meringankan daripadamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.( al-Anfaal:66).

Sebenarnya bukan semua sekali ayat 65 itu dida’wa mansukh oleh pihak yang menerimanya sebagai mansukh, ia hanya melibatkan 2/3 daipadanya sahaja. Adapun bahagian awalnya iaitu يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ, bahagian itu tetap dikatakan muhkam oleh rnereka. Menurut keterangan daripada hadits, apabila turun perintah Allah melalui ayat 65 Surah al-Anfaal, ia terasa berat oleh para sahabat .Di dalamnya Allah mewajibkan orang-orang Islam melawan musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila orang Islam 20 orang dan musuh pula 200 orang. Ia membawa maksud, orang-orang Islam tidak boleh lari daripada medan peperangan sekiranya tentera Islam dalam keadaann nisbah1 :10. Maka pergilah mereka mengadu hal kepada Nabi s.a.w. Tidak lama kemudian turunlah pula ayat 66 Surah yang sama. Di dalamnya diisyaratkan bahawa hukum wajib menghadapi musuh yang berjurnlah 200 orang dan tentera Islam 20 orang itu dimansukhkan serta digantikan dengan hukum baharu yang lebih ringan, iaitu tentera Islam wajib menghadapi musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila mereka berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang. Dengan nisbah 1:2.

Ibnu ‘Abbaas adalah salah seorang tokoh sahabat yang mengatakan ayat 65 Surah al-Anfaal itu dimansukhkan oleh ayat 66 Surah yang sama. An-Nahhaas dengan sanadnya telah meriwayatkan dengan lafaz yang terang daripada ‘Athaa’ (al-Khurasani) bahawa Ibnu ‘Abbaas mengatakan ayat 65 Surah al-Anfaal itu dimansukhkan oleh ayat 66 daripada Surah yang sama. Sementara dalam riwayat Bukhari daripada Ibnu ‘Abbaas menerusi az-Zubair bin Khirrit daripada ‘Ikrimah pula beliau (Ibnu ‘Abbaas) rnenggunakan lafaz takhfif sahaja untuknya, bukan lafaz nasakh. (Lihat an-Nahhaas- an-Naasikh Wa al-Mansukh m/s 470, al-Bukhari- Sahih al-Bukhari i.14 m/s 206).

Shah Waliyyullah seperti Jalaluddin as-Suyuthi, Ibnu al-‘Arabi dan kebanyakan ulama’ Tafsir yang lain menerima ayat 65 Surah al-Anfaal itu dimansukhkan dengan Ayat 66 Surah yang sama.

Abu Ja’far an-Nahhaas bagaimanapun berpendapat, apa yang berlaku dalarn masalah ini ialah takhfif bukan nasakh.

Sebagaimana orang musafir yang dirukhsahkan (dibenarkan) berbuka (tidak berpuasa atau tidak meneruskan puasa) sebagai takhfif (keringanan) untuknya.Sedangkan jika ia tetap berpuasa, maka itu lebih afdhal baginya. Kalau rukhsah takhfif seperti itu tidak tepat dikatakan nasakh, rnaka begitulah juga dengan takhfif yang tersebut di dalarn ayat 66 Surah al-Anfaal itu tidak tepat dikatakan sebagai naasikh bagi ayat 55 sebelumnya.Sekiranya seseorang tetap memakai apa yang tersebut di dalarn ayat 66 dan ia menghadapi musuh dengan nisbah bilangan 1 lawan 10 (1:10) kerana yakin dengan kemampuannya tetap juga ia akan mendapat pahala dan ganjaran yang lebih. Ia sama sekali tidak akan berdosa kerananya. Bagaimanapun itu bukanlah suatu kewajipan ke atasnya. Oleh sebab itu istilah yang tepat untuknya ialah takhfif seperti yang digunakan oleh Allah di dalam ayat 66 Surah al-Anfaal, bukan nasakh. (Lihat an-Nahhaas – an-Naasikh
Wa al-Mansukh mls 470).

Dernikian juga kata al-‘Allamah Rasyid Ridha di dalam tafsirnya al-Manaar. Bagi beliau di sini juga tidak berlaku sebarang nasakh, kerana kedua-dua ayat itu diturunkan hampir serentak sebelum perang Badar, bukan ayat 66 diturunkan sekian lama selepas turunnya ayat 65 dalam peristiwa yang berlainan. Untuk berlakunya nasakh semestinya ayat yang dikatakan mansukh itu telah berlalu dalam satu jangka rnasa di mana ia dapat diamalkan sekurang-kurangnya satu kali. Soalnya bagaimana akan ada ruang masa selama itu jika kedua-duanya diturunkan dalam peristiwa yang sama. Apa yang berlaku sebenarnya ialah ayat 65 menceritakan keadaan orang-orang mu’min ketika mereka kuat, tidak kira pada bila-bila masa pun. Pada ketika itu 20 orang daripada mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh dan 100 orang mu’min pula akan dapat mengalahkan 1000 orang musuh. Ertinya dalam nisbah 1 lawan 10 (1:10). Dalam keadaan mereka lemah pula, mereka diwajib menghadapi musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila mereka berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang atau mereka berjumlah 1000 orang, sedang pihak musuh pula berjurnlah 2000 orang. Ertinya dengan nisbah 1 lawan 2 (1:2). Begitulah sepatutnya orang-orang mu’min. Mereka dalam keadaan bagaimana sekalipun dikehendaki menghadapi pihak musuh dengan penuh kecekalan walaupun bilangan mereka lebih kecil berbanding bilangan pihak musuh. Dan memang itupun yang telah berlaku dalam sejarah awal umat ini. (Lihat Tafsir al-Manaar j.10 m/s 69-70)._

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 76 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 17 (Nota 15)

NOTA USUL TAFSIR – SESI 76 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 17 (Nota 16)

Leave a comment