VIDEO – [Durasi 1j 20m 30s] – Sesi 79 – Usul No 17 – Mengetahui Ayat Yang Menasakhkan & Ayat Yang Dimansuhkan
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/H5S1XQtiTPM ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:30 : Perbezaan Pendapat Tentang Maksud ayat 3 surah an-Nuur
2- 05:35 : Tidak Akan (Dapat) Bersetubuh Atau Berzina Kecuali Dengan Penzina Juga
3- 32:53 : Tiga kaedah dalam tafsiran dari sudut ilmu balaghah tentang ayat 3 surah an-Nuur
4- 01:02:05 : Dalil yang mengatakan ayat 3 surah an-Nuur ini tidak mansukh
NOTA KULIAH
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk
Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff
(sambungan) USUL KE 17 – (17) MENGETAHUI AYAT-AYAT YANG MENASAKHKAN DAN AYAT-AYAT YANG DIMANSUKHKAN MENURUT AHLI TAFSIR MUTAQADDIMIN DAN MUTA’KKHIRIN
(6) Ibnu ‘Abbaas sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Katsir dan lain-lain dengan isnad yang sahih berpendapat, maksud firman Allah لا ينكح dan لا ينكحها di dalam ayat ke-3 Surah an-Nuur itu bukan tidak boleh / tidak akan / tidak layak berkahwin atau dikahwini, tetapi bererti “tidak akan (dapat) bersetubuh atau berzina kecuali dengan penzina juga”, sama ada ia muslim (baik laki-laki atau perempuan). Di kalangan Tabi’in terdapat agak ramai yang sependapat dengan Ibnu ‘Abbaas. Mereka terdiri daripada murid-murid beliau sendiri dan juga bukan murid-murid beliau, seperti Mujahid, ‘Ikrimah, Sa’id Bin Jubair, ‘Urwah bin az-Zubair, adh-Dhahhaak, Muqaril bin Hayyaan dan lain-lain.
Ini kerana orang Islam, sama ada ia penzina atau bukan penzina, sememangnya diharamkan berkahwin dengan orang musyrik, sama ada ia penzina atau bukan penzina. Jadi apa ertinya Allah berfirman “Penzina laki-laki tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik?”. Seolah-olahnya laki-laki muslim yang berzina boleh berkahwin dengan perempuan muslimah yang berzina atau musyrik. Yang tidak boleh dikahwininya hanyalah perempuan muslimah tidak berzina!
Padahal seseorang muslim tidak boleh berkahwin dengan perempuan musyrik dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada ia penzina atau tidak. Begitu juga perempuan muslimah yang berzina, ia seolah-olah tidak boleh dikahwini melainkan hanya laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik! Padahal bukankah perempuan muslimah sama ada ia penzina atau tidak tidak boleh berkahwin dengan laki-laki musyrik biar bagaimana sekalipun keadaannya?!
Tetapi kalau anda mengatakan laki-laki muslim tidak boleh bersetubuh atau berzina melainkan dengan penzina juga, sama ada ia muslimah atau ia musyrikah, maka keadaan itu boleh berlaku. Demikian juga kalau anda mengatakan sebaliknya, perempuan muslimah tidak boleh bersetubuh atau berzina melainkan dengan penzina juga, sama ada ia muslim atau musyrik, maka keadaan itu juga boleh berlaku. Sebabnya ialah tidak ada keperluan untuk seseorang penzina mensyaratkan apa-apa agama pasangannya!!
Berdasarkan pemahaman Ibnu ‘Abbaas ini juga tidak wajar dikatakan ayat ke-3 Surah an-Nuur itu mansukh.
Apa yang difahami Ibnu ‘Abbaas itu nampaknya bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. berikut:
لَا يَزنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلاَ يَسْرِقُ حِينَ يَسْرَقُ وهُوَ مُؤْمِنٌ ولاَ يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُها وَهُوَ مُؤْمِنٌ والتَّوبَةُ مَعْرُوضَةٌ بَعْدُ
Bermaksud : Tidak berzina seseorang yang berzina dalam keadaan dia mu’min (sejati) ketika berzina. Tidak mencuri seorang pencuri dalam keadaan dia mu’min (sejati) ketika mencuri. Dan tidak mimun arak seseorang peminum arak dalam keadaan dia mu’min (sejati) ketika sedang meminumnya; bagaiamanapun pintu taubat sentiasa terbuka sesudah itu.
Semua tafsiran dan pendapat para ‘ulama’ Tafsir tentang firman Allah di dalam ayat ke-3 Surah an-Nuur yang dikemukakan di atas jika dilihat dari sudut Ilmu Balaghah tidak terlepas daripada beberapa bentuk qaedah
berikut:
(a) a) Ia dipakai sebagai khabar pada kedua-dua lafaz dan ma’nanya. Dalam istilahnya ia disebut خبرية
لفظا ومعنى . Inilah pandangan kebanyakan para muhaqqiqin dari kalangan mufassirin, termasuk al-Qaffaal, Fakhruddin ar-Razi dan lain-lain.
(b) Ia pada lafaz merupakan khabar, tetapi pada ma’nanya adalah insya’. Dalam istilahnya ia disebut sebagai خبرية لفظا إنشائية معنى .
(c) Ia pada lafaz dan ma’nanya merupakan insya’. Dalam istilahnya ia disebut sebagai إنشائية لفظا
ومعنى . Keadaan ini berlaku apabila anda memakai qira’at (syazzah) yang membaca لا ينكح dengan majzum, kerana ia dipakai sebagai fi’il nahi.
Mengambil kira qaedah (a) yang memakai firman Allah berkenaan ayat خبرية
لفظا ومعنى (semata-mata cerita, sama ada dari sudut lafaz atau ma’nanya), maka tiada langsung kemungkinan untuk anda mengatakan ia mansukh, kerana ayat cerita tidak termasuk dalam ruang lingkup perbincangan bab nasakh. Selain dari itu, adalah mustahil diterima Allah berdusta dalam mana-mana cerita-Nya. Tidak mungkin berlaku penukaran dalam suatu cerita yang disampaikan oleh Allah kepada Rasulullah dengan segala perinciannya, tiba-tiba ia didapati berlainan malah bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh Allahkemudiannya. Tidak mungkin juga berlaku apa yang diceritakan Allah bercanggah dengan kenyataan secara total. Itulah sebabnya an-Nahhaas (Abu Ja’far Ahmad bin Muhammad an-Nahhaas an-Nahwi m.338H) berkata, “Kalau dalam cerita Allah juga boleh berlaku nasakh, nescaya tidak akan diketahui mana yang benar dan mana yangsalah dan banyaklah ajaran Allah akan terbatal.” (Lihat an-Nahhaas – an-Naasikh Wa al-Mansukh m/s 531).
Walaupun nasakh berkemungkinan berlaku dalam bentuk (b) dan (c), tetapi dalam kenyataannya tidak pernah berlaku kepada ayat ke-3 Surah an-Nuur berdasarkan dalil berikut.
(i) Sekian ramai sahabat agung Rasulullah s.a.w. sehebat Abu Bakar, ‘Umar, Ibnu Mas’ud, Ibnu ‘Abbaas, ‘Ali, ‘Aaishah, Jabir, Baraa’ bin ‘Aazib dan lain-lain masih berpegang dengan zahir ayat tersebut selepas kewafatan Nabi s.a.w. imam-imam mujtahidin sehebat Ahmad bin Hanbal juga masih berpegang dengan zahirnya yang menyatakan terlarang, tidak sah dan haramnya perkahwinan di antara penzina dan orang musyrik dengan orang-orang mu’min yang memelihara dirinya daripada perbuatan zina . Ini jelas menunjukkan ia tidak mansukh. Kalau ia memang telah mansukh, masakan mereka tidak mengetahuinya.
(ii) Dalil-dalil yang dikemukaka sebagai nasikh oleh pihak yang berpendapat ayat ke-3 Surah an-Nuur itu telah mansukh, sebenarnya tidak mempunyai cukup kekuatan untuk dianggap sebagai nasikh. Kerana apa yang dida’wa mereka sebagai nasikh itu tidak lebih daripada ijma’ dan dua ayat yang masih dipertikaikan keabsahannya sebagai nasikh, iaitu ayat ke-3 Surah an-Nisaa’ dan ayat ke-32 Surah an-Nuur yang dikemukakan sebelum ini.
Keabsahan ijma’ tergugat di sini apabila terdapat sekian ramai sahabat besar yang menyalahinya. Selain itu para ‘ulama’ Usul berpendapat, ijma’ tidak dapat menasakhkan ayat al-Quran dan hadits yang qath’i. sebabnya ialah ijma’ hanya dalil zhanni, bagaimana ia akan dapat menasakhkan dalil al-Qur’an yang qath’i? Ayat ke-3 Surah an-Nisaa’ dan ayat ke-32 Surah an-Nuur pula mujmal dan terlalu umum, bagaimana ia akan dapat menasakhkan ayat yang mubayyan dan khas??
Kaedah (c) juga tidak sah kerana ia hanya suatu yang tsabit berdasarkan qiraa’at yang syazzah. Tentu sekali ia tidak mempunyai kekuatan untuk menasakhkan ayat al-Qur’an dan juga hadits yang qath’i. (Lihat Fakhruddin ar-Razi – at-tafsir al-Kabir j.6 m/s 259).
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA USUL TAFSIR – SESI 79 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 17 (Nota 16)
