Usul Tafsir al-Quran – Sesi 83 – (Sambungan) Usul No 17 – Mengetahui Ayat-Ayat Yang Menasakhkan Dan Ayat Yang Dimansuhkan

VIDEO – [Durasi 1j 19m 19s] – Sesi 83 – Usul No 17 – Mengetahui Ayat Yang Menasakhkan & Ayat Yang Dimansuhkan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube https://youtu.be/K003wW4LupY ]

   TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:00:21 : Contoh Kesembilanbelas – Surah al-Mujadilah ayat 12 Adalah Mansukh Menurut kebanyakan Ulama’ 2- 00:04:30 : Memberi sedekah sebelum Mengadap Nabi s.a.w

3- 00:25:20 : Antara Sebab Bagi Yang Mengatakan Mansukh ayat 12 dengan 13

4- 00:33:47 : Bersedekah Untuk Mendapat Ilmu

5- 00:41:45 : Contoh Keduapuluh – Surah al-Mumtahanah Ayat 11 Yang Dikatakan Mansukh Tentang Harta Rampasan Perang

6- 00:49:29 : Latar belakang Cerita – Tentang Harta Ghanimah Surah al-Mumtahinah

7- 01:08:46 : Antara Panduan dan Pedoman yang Terkandung Di Dalam dua ayat ini

NOTA KULIAH


Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff

(19) Firman Allah di dalam Surah al-Mujadilah ayat ke-12 juga mansuhkan menurut kebanyakan `ulama’: Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَاجَيْتُمُ الرَّسُولَ فَقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَةً ذَلِكَ خَيْرٌ لَكُمْ وَأَطْهَرُ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (12)

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya: (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Mujaadilah: 12)

Ia bagi mereka dimansuhkan dengan ayat selepasnya, iaitu ayat ke-13 Surah yang sama. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

أَأَشْفَقْتُمْ أَنْ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَاتٍ فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا وَتَابَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (13)

Bermaksud: Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan (al-Mujaadilah: 13)

Shah Waliyyullah juga seperti Jalaluddin as-Suyuthi bersetuju dengan jumhur `ulama’ dalam menerima ayat ke-12 sebagai mansuh dan ayat yang memansuhkannya pula ialah ayat ke-13 selepasnya.

Sesetengah `ulama’ berpendapat, ayat ke 12 mengandungi hukum wajib memberi sedekah kepada fakir miskin sebelum mengadap Nabi s.a.w. dan sebelum bertanya kepadanya tentang sesuatu. Hukum wajib seperti itu berlaku hanya sekejap sahaja. Kemudian ia ditamatkan. Memberi sedekah sebelum mengadap Nabi s.a.w. dan bercakap-cakap dengan Baginda tidak lagi merupakan suatu yang wajib, ia hanya dikekalkan sebagai suatu yang mustahab (elok dilakukan) sahaja. Perubahan seperti itu tidak lebih daripada perubahan sifat hukum semata-mata, ia boleh dikatakan nasakh hanya menurut istilah mutaqaddimin. Adapun menurut istilah muta’akkhirin, perubahan seperti itu masih tidak termasuk dalam bab nasakh. Ia bahkan termasuk dalam bab takhshish (تخصيص)

Menurut al-Marhum Maulana Husain `Ali yang dianggap sebagai Syeikh at-Tafsir di Pakistan, ayat ke 12 Surah al-Mujaadilah itu dari awal lagi tidak mengandungi perintah wajib. Ia dari awal lagi hanya mengandungi perintah yang memberi erti istihbab. Dan hingga ke akhir, perbuatan memberi sedekah sebelum mengadap Nabi s.a.w. dan bercakap-cakap dengan Baginda dikekalkan sebagai mustahab. Jadi tidak ada ruang langsung untuk dikatakan ia telah mansuh. (Lihat Malana Ghulamullah Khan – Tafsir Jawahirul Quran j.3 m/s 1235).

(20) Ayat ke 20 yang dikatakan telah mansuh oleh sesetengah `ulama’ ialah ayat ke 11 di dalam Surah
al-Mumtahanah. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

وَإِنْفَاتَكُمْشَيْءٌمِنْ أَزْوَاجِكُمْإِلَىالْكُفَّارِ فَعَاقَبْتُمْفَآتُوا الَّذِينَذَهَبَتْأَزْوَاجُهُمْمِثْلَ مَاأَنْفَقُواوَاتَّقُوا اللَّهَالَّذِيأَنْتُمْ بِهِمُؤْمِنُونَ(11)

Bermaksud: Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari mas kahwin isteri-isteri kamu yang
melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan, maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti mas kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya (al-Mumtahanah: 11).

Kata as-Suyuthi, ayat ini menurut sesetengah `ulama’ dimansuhkan oleh ayat-ayat Qitaal, antaranya ayat berikut:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (36)

Bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa (at-Taubah:36)

Ada juga yang berpendapat ia dimansuhkan dengan ayat Ghanimah, iaitu:

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ إِنْ كُنْتُمْ آمَنْتُمْ بِاللَّهِ وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (41)

Bermaksud: Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai  harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu per limanya (dibahagikan) untuk jalan) Allah dan untuk Rasulnya dan untuk kerabat (Rasulullah)dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba kami (Muhammad) pada Hari Al-Furqan, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar) dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (al-Anfaal: 41)

Sesetengah yang lain pula berpendapat, ayat ke 11 Surah al-Mumtahanah itu muhkam, ia tidak dimansuhkan oleh mana-mana ayat pun. Salah seorang tokoh `ulama’ yang mentarjihkan ayat itu muhkam, tidak mansukh ialah Shah Waliyyullah. Bagaimanapun bagi beliau ayat itu dipakai hanya ketika orang-orang kafir kuat atau dalam keadaan ada perjanjian damai di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir. Ia tidak hanya khusus untuk zaman Nabi s.a.w. sahaja. Jika keadaan seperti di zaman Nabi itu berlaku kembali, panduan daripada da ayat di dalam Surah al-Mumtahanah itu tetap boleh diguna pakai.

Ayat itu sebenarnya mempunyai latar belakang dan sebab turunnya yang tersendiri. Ia berkait rapat dengan perjanjian damai yang termeterai di antara Rasulullah s.a.w. dan orang-orang kafir QuraisyMekah. Salah satu perkara yang termeterai dalam perjanjian damai yang dipersetujui oleh kedua pihak ialah jikamana-mana orang (laki-laki) muslim Mekah melarikan diri ke Madinah, pihak pemerintah Islam hendaklah mengembalikannya kepada pihak pemerintah Mekah dan mana-mana orang muslim Madinah yang datang ke Mekah pula tidak akan dikembalikan oleh pihak pemerintah Quraisy ke Madinah.

Dalam masa perjanjian damai itu, kalau ada orang (laki-laki) Islam Mekah datang ke Madinah, Nabi s.a.w. akan mengembalikannya ke Mekah. Dalam masa perjanjian itu juga terdapat ramai orang-orang perempuan Islam yang melarikan diri dari Mekah ke Madinah. Mereka dituntut oleh keluarga masing-masing supaya dihantar kembali ke Mekah. Maka turunlah dua ayat di dalam Surah al-Mumtahanah sebagai panduan daripada Allah untuk menangani persoalan itu. Lihat dua ayat berkenaan di bawah ini:

A010
A011

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman
datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: Dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri) dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami) dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya dan janganlah kamu (wahai orang-orang islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir dan mintalah balik mas kahwin yang kamu telah berikan dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah: Dia hukumkan di antara kamu (dengan adil) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (10) Dan sekiranya kamu tidak dapat menerima balik sesuatu dari mas kahwin isteri-isteru kamu yang melarikan diri ke pihak orang-orang kafir, kemudian kamu menyerang puak yang kafir itu serta mendapat harta rampasan maka berikanlah kepada orang-orang (Islam) yang lari isterinya itu ganti mas kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar dan bertaqwalah kamu kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya (11) (al-Mumtahanah: 10-11)

Antara panduan dan pedoman yang terkandung di dalam dua ayat di atas ialah:

i) Jika terbukti wanita-wanita yang melarikan diri dari Mekah ke Madinah itu Islam setelah diuji, janganlah dikembalikan mereka kepada orang-orang kafir Mekah.

ii) Antara sebabnya ialah mereka sudah tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri) dan orang-orang kafir itu pula sudah tidak halal bagi mereka (sebagai suami)

iii) Pihak pemerintah Islam diperintah Allah agar memberikan kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan sebagai mas kahwin.

iv) Orang-orang Islam dituntut agar tidak berpegang kepada akad perkahwinan dengan perempuan-perempuan yang kekal dalam keadaan kafir:

v) Orang-orang Islam juga boleh meminta balik mas kahwin yang telah mereka berikan kepada isteri-isteri mereka yang tetap atas kekufuran sebagaimana suami-suami yang kafir bagi isteri-isteri mereka yang memeluk Islam yang boleh meminta balik apa yang mereka telah belanjakan.

Antara sebab kenapa Nabi s.a.w. tidak mengembalikan wanita-wanita yang lari meninggalkan Mekah dan datang ke Madinah ialah kerana tidak tersebut dengan jelas di dalam surat perjanjian yang dipersetujui bersama bahawa mereka juga perlu dikembalikan. Apa yang tercatat di dalamnya hanyalah tentang orang-orang laki-laki sahaja. Orang-orang Islam menerima dengan penuh ketaatan arahan Allah di dalam ayat ke 10 Surah al-Mumtahanah. Orang-orang kafir pula tidak dapat menerima cadangan daripada Rasulullah s.a.w. yang berpunca daripada al-Quran itu. Mereka tidak mahu memberikan kepada orang-orang Islam apa yang mereka telah belanjakan sebagai mas kahwin. Maka sebagai panduan seterusnya Allah menurunkan ayat ke 11 pula, dimana Allah memerintahkan agar pihak pemerintah Islam yang kerjaya mengalahkan orang-orang kafir dalam peperangan dan mendapat harta ghanimah supaya memberikan kepada orang-orang Islam yang lari isterinya itu ganti mas kahwinnya sebanyak yang mereka telah bayar. Inilah pendapat pilihan Ibnu
`Abbaas, Ibrahim an-Nakha’i, Masruq, Qataadah, Dhahhaak, Zuhri, Mujahid, Sufyan bin Husain dan lain-lain. (Lihat tafsir Ibnu Katsir j.4 m/s 352).

`Allamah Mahmud al-Aaluusi dengan terang menggambarkan amalan kebiasaan Rasulullah s.a.w. dalam masalah ini.


Kata beliau:

وقد كان صلّى الله تعالى عليه وسلم – كما روي عن ابن عباس – يعطي الذي ذهبت زوجته من الغنية قبل أن تخمس المهر ولا ينقص من حقه شيئا

Be rmaksud : Rasulullah s.a.w. – sebagaimana diriwayatkan daripada Ibnu`Abbaas selalu memberikan mas kahwin kepada orang yang isterinya pergi (kepada orang-orang kafir) daripada harta ghanimah sebelum ia dibahagikan kepada lima bahagian Baginda tidak mengurangi sedikit pun haknya. (Lihat Tafsir Ruuhal-Ma’ani j.28 m.s. 79).

Sesetengah ahli tafsir seperti Qataadah dan Mujahid mengatakan, jikapihak orang-orang kafir tidak mengembalikan mas kahwin yang telah diberikan oleh suami-suami Islam di Madinah kepada isteri-isteri mereka yang kekal atas kekufuran, pihak pemerintah Islam juga sebagai tindak balas tidak memberikankepada suami-suami kafir di Mekah yang isteri-isteri mereka telah memeluk agamaIslam dan melarikan dri ke Madinah. (Lihat an-Naasikh Wa al-Mansukh m/s 249).

NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE

NOTA USUL TAFSIR – SESI 83 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 17 (Nota 17)

Leave a comment