VIDEO – [Durasi 1j 12m 16s] – Sesi 84 – Usul No 17 – Mengetahui Ayat Yang Menasakhkan & Ayat Yang Dimansuhkan
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/3C64PFyVTnM ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:00:20 : Contoh Ke 21- (yang dikatakan telah mansukh oleh sesetengah pihak menurut as-Sayuthi), Surah al-Muzzammil ayat 2 dengan ayat 20 tentang Solat Sunat Tahajud
2- 00:17:00 : Kesimpulan yang dikatakan mansukh
3- 00:25:00 : Wasiat untuk ibu bapa yang tidak beragama Islam
4- 00:34:30 : Antara ayat yang Syah Waliyullah terima sebagai mansukh
5- 00:45:52 : Nasakh di dalam al-Quran menurut Dr. Musthofa Zaid
6- 01:01:00 : Antara contoh Al-Qur’an memansukhkan Al-Hadith
7- 01:06:56 : Antara Ulama’ yang mengatakan tidak ada ayat yang mansukh dalam Al-Quran
NOTA KULIAH
Ringkasan 20 Usul Tafsir Al-Quran (Yang Perlu Dikuasai Untuk Memahami Al-Qur’an Dengan Betul Dan Selamat) oleh Maulana Asri Yusoff
21) Ayat terakhir sekali yang dikatakan telah mansukh oleh sesetengah pihak menurut apa yang disebut oleh as-Sayuthi ialah ayat berikut:
قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا (2)
Bermaksud: Bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) (al-Muzzammil:2)
Ayat yang memerintahkan supaya bangun bersembahyang di sepanjang malam kecuali sedikit daripadanya itu dikatakan telah mansuhk dengan ayat dari surah yang sama iaitu ayat ke – 20 Surah al-Muzzammil. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

Bermaksud: Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu: oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Muzzammil: 20)
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA USUL TAFSIR – SESI 84 – Ringkasan Usul Tafsir al-Quran – Usul 17 (Nota 17)
