[Hadith Palsu] Beberapa Hadith Palsu Tentang Fadilat Membaca Surah-Surah Tertentu Di Dalam al-Quran, Antaranya, Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya & Yaasin Jantung Quran

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 47s] – [HADIS PALSU] Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya? & Yaasin Jantung Quran?

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/zlrNPzSo7Tg ]

[Hadith Palsu] Beberapa Hadith Palsu Tentang Fadilat Membaca Surah-Surah Tertentu Di Dalam al-Quran, Antaranya, Baca Surah Waqiah “Gerenti” Kaya & Yaasin Jantung Quran

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

A. KELEBIHAN SURAH WAQIAH – MENJAMIN TIDAK JADI PAPA

[ 00:01:57 ] – HADITH PALSU – “Sesiapa Yang Membaca Surah al-Waqiah Setiap Malam Ia Tidak Akan Papa Selama-lamanya”

[ 00:03:04 ] – KOMENTAR

1. Disepakati oleh ramai ahli hadith bahawa hadith ini bertaraf sama ada maudhu’ (palsu) atau dhaif jiddan.

2. Hadith dhaif jiddan,

a) tidak boleh dianggap sebagai hadith dari Nabi s.a.w.,

b) tidak boleh mengharapkan ganjaran dan faedah darinya jika diamalkan, dan

c) hadith ini tidak boleh diamalkan.

3. Sesuatu hadith yang palsu tetapi tidak diketahui kepalsuannya, jika diamalkan dan didapati tidak membuahkan hasil seperti yang didakwa, dikhuatiri orang yang mengamalkannya akan mempertikaikan hadith Nabi s.a.w.

4. Berusahalah untuk mencelikkan masyarakat tentang kewujudan hadith-hadith palsu ini.

B. YAASIN QALBU AL-QURAN

[ 00:05:31 ] – HADITH PALSU

“Setiap Benda Ada Jantungnya. Jantung al-Quran Ialah Surah Yaasin”

[ 00:06:00] – KOMENTAR

1. Hadith ini direka oleh Muqati’ Bin Sulaiman, seorang pendusta besar.

2. Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan Surah Yaasin.

C. GANJARAN MEMBACA SURAH AL-QADR SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM QADAR

[ 00:06:58 ] – HADITH PALSU

“Sesiapa Yang Membaca Surah al-Qadr Diberikan Kepadanya Pahala Seperti Orang Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dan Menghidupkan Malam Qadar”

[ 00:07:42 ] – KOMENTAR

1. Hadith ini tidak mungkin sahih kerana ganjaran yang dijanjikan ketika mengerjakan amalan sunat sama atau lebih besar dari ganjaran bila melakukan amalan fardhu.

2. Jika diterima hadith-hadith palsu sebegini, orang ramai akan meninggalkan amalan sebenar yang diperintahkan Allah dan menggantikannya dengan amalan-amalan palsu yang dijanjikan ganjaran yang melangit.

———————————————————————————————————————————————

[ 00:08:40 ] – ANTARA HADITH-HADITH SAHIH BERKENAAN FADHILAT SURAT-SURAT DI DALAM AL-QURAN

———————————————————————————————————————————————

1. “Fatihatul Kitab” (Surah al-Fatihah), Tidak Diturunkan Seumpamanya Baik Di Dalam Taurat Atau Injil Atau Zabur

2. Al-Baqarah Dan Ali-Imraan Adalah Dua Surah Yang Gilang Gemilang

3. Ayatul Kursy Adalah Penghulu Ayat-Ayat al-Quran

4. Dua Ayat Di Akhir Surah al-Baqarah Memadai Untuk Keselamatan Pembacanya Pada Sesuatu Malam

5. Syaitan Tidak Akan Menghampiri Rumah Yang Dibaca Padanya Surah al-Baqarah .

6. Orang Yang Membaca Sepuluh Ayat Di Permulaan Surah al-Kahfi Akan Terpelihara Daripada Fitnah Dajjal

7. “Qulhuallahuahad” (Surah al-Ikhlas) Menyamai Sepertiga al-Quran

8. “Al-Mu’awwizatain” (Surah al-Falaq Dan an-Nas) Adalah Pelindung Terbaik Untuk Orang Yang Mahukan Perlindungan

9. “Izazulzilat” (Surah az-Zalzalah) Menyamai Separuh al-Quran

10. “Qulyaayyuhalkaafiruun” (Surah al-Kaafiruun) Menyamai Seperempat al-Quran 11. “Tabaarakallazi biyadihilmulk” (Surah al-Mulk) Ialah Penyelamat Dari Azab Kubur

VIDEO PENUH ASAL

https://youtu.be/D16rc-3mFHA

https://youtu.be/Ty-jToIa0pA

Leave a comment