[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 11m 26s] – [HADIS PALSU] – Rasulullah bersabda,”Aku Arab, Qur’an Arab, dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/9vuv1nWMunU; ]
[HADIS PALSU] – HADITH KELEBIHAN BAHASA ARAB KERANA NABI BERBANGSA ARAB DAN BAHASA AHLI SYURGA BAHASA ARAB, NABI MEMERINTAHKAN SUPAYA MENYAYANGI BANGSA ARAB TANPA SEBARANG “QAID” (SEBAB/KAITAN), TIADA YANG SAHIH.
1. [ 00:01:02 ] – HADITH PALSU PERTAMA
Rasulullah s.a.w. (dikatakan) bersabda, “Aku (berbangsa) Arab, Qur’an (berbahasa) Arab, dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”. [Di samping terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang mengumpulkan hadith palsu, hadith ini juga terdapat di dalam kitab-kitab hadith. Oleh itu kita perlu berhati-hati.]
[ 00:02:02 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Hadith ini dihukumkan maudhu’ oleh tokoh-tokoh hadith seperti Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauzi dan al-Albani. ii. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih.
2. [ 00:03:01 ] – HADITH PALSU KEDUA
Rasulullah s.a.w. (dikatakan) bersabda: “Jagalah aku pada bangsa Arab kerana tiga perkara,
(i) Kerana aku (berbangsa) Arab,
(ii) Al-Quran (berbahasa) Arab, dan
(iii) bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”.
[ 00:03:39 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Seorang perawi hadith ini, Muhammad bin al-Fadhl adalah seorang pendusta besar, menyebabkan hadith ini dianggap maudhu’.
ii. Tidak ada hadith sahih tentang apakah bahasa yang digunakan di syurga nanti. Ada yang berpendapat di syurga nanti semua bahasa digunakan sebagaimana adanya berbagai bahasa di atas dunia ini.
3. [ 00:05:32 ] – HADITH PALSU KETIGA
Cintailah bangsa Arab kerana tiga perkara,
i) kerana aku berbangsa Arab,
ii) al-Quran berbahasa Arab dan,
ii) bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab.
[ 00:05:56 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Az-Zahabi mengatakan bahawa dia yakin hadith ini maudhu’. Tokoh hadith lain yang mengatakan ianya maudhu’ ialah Abu Hatim, Ibnu al-Jauzi dan al-Albani.
ii. Hadith ini diriwayatkan secara bersendirian di beberapa peringkat, menunjukkan ianya bermasalah.
[ 00:07:35 ] – TINJAUAN DARI SUDUT DIRAYAT TENTANG KEPALSUAN HADITH-HADITH KELEBIHAN BANGSA ATAU BAHASA ARAB
i. Berbangga kerana keturunan dan bangsa tidak sesuai dengan ajaran Islam.
ii. Surah Hujurat, Ayat 13, menyatakan, “…Sesungguhnya orang yang lebih mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya…”
iii. Hadith sahih bermaksud, “Wahai manusia! Ketahuilah, tiada kelebihan orang Arab daripada orang ‘ajam (bukan Arab) dan tiada kelebihan orang ‘ajam daripada orang Arab, tiada juga kelebihan orang berkulit merah daripada orang yang berkulit hitam, dan tiada juga kelebihan orang yang berkulit hitam dari orang yang berkulit merah, melainkan dengan taqwa”.
iv. Hadith sahih, “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menghilangkan daripada kamu kesombongan jahiliah dan kebanggaan dengan nenek moyang. Manusia sama ada mukmin yang bertaqwa atau seorang jahat yang celaka. Manusia (semuanya) anak Adam, dan Adam pula dari tanah. Sama ada orang-orang yang berbangga dengan keturunannya berhenti berbangga-bangga dengannya atau (kalau tidak) mereka akan menjadi lebih hina lagi di sisi Allah daripada kumbang yang menolak (menggolek) kotoran dengan hidungnya”.
iv. Tidak dinafikan bahawa bangsa Arab ada kelebihannya kerana Nabi adalah dari bangsa Arab dan bahasa al-Quran adalah bahasa Arab. Apa yang ingin ditekankan ialah Nabi s.a.w. tidak pernah bersabda tentang kelebihan bangsa Arab atau Bahasa Arab.
VIDEO PENUH ASAL – • Sesi 85-Kelebihan bahasaArab sebab Na…
NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…
